Ergot

Ergot merujuk kepada suatu kumpulan kulat dalam genus Claviceps.[1]

Spesies yang paling menonjol ahli kumpulan ini adalah Claviceps purpurea - ia tumbuh pada rai dan bijirin yang berkaitan, di mana struktur berbuah (sclerotium) ia menghasilkan alkaloid yang boleh menyebabkan kondisi ergotisme pada manusia atau mamalia lain yang memakan biji-bijian yang dicemari percambahannya.[2][3]

Genus Claviceps merangkumi kira-kira 50 spesies yang diketahui, kebanyakannya bertaburan di kawasan tropika. Antara spesies utama termasuklah C. purpurea (parasit rumput dan bijirin), C. fusiformis (pada sekoi mutiara, rumput buffel), C. paspali (pada dallis rumput), C. africana (pada betari),[4] dan C. lutea (pada paspalum). C. purpurea ialah spesies yang menjejaskan banyak bijiran seperti rai (perumah paling biasa) serta triticale, gandum dan barli. Ia kurang memberi kesan kepada bijirin oat.

Kitaran hidup

Suatu jasad sclerotium terbentuk apabila spora spesies kulat genus Claviceps menjangkiti floret berbunga rumput atau bijirin. Proses jangkitan ini menyerupai kemasukan debunga ke dalam ovarium bunga sewaktu penyuburan. Penjangkitan ini memerlukan kulat spora memasuki kepada stigma; oleh itu, tumbuh-tumbuhan yang membiak secara luar dengan bunga terbuka lebih cenderung dijangkiti oleh kulat, misalnya rai (Secale cereale) dan rumput Lolium.

Apabila sclerotium matang kulat ini berada dalam tanah, ia kekal tidak aktif sehingga keadaan yang betul (seperti bermulanya musim bunga atau hujan) merangsang ia berbuah. Ia bercambah membentuk satu atau beberapa jasad berbuah dengan kepala dan "stipes" berbagai berwarna (menyerupai cendawan atau jamur kecil). Spora seksual pada kepala kulat ini akan terbentuk, di mana ia dikeluarkan serentak ketika tumbuhan perumah ia mula berbunga. Jangkitan daripada penyebaran spora ini akan menyebabkan pengurangan hasil dan kualiti gandum dan jerami, dan pengonsumsian sumber makanan yang terjejas ini boleh menyebabkan suatu penyakit yang dipanggil ergotisme.

Rujukan

  1. ^ Schardl CL, Panaccione DG, Tudzynski P (2006). Ergot alkaloids – biology and molecular biology. The Alkaloids: Chemistry and Biology. 63. m/s. 45–86. doi:10.1016/S1099-4831(06)63002-2. ISBN 978-0-12-469563-4. PMID 17133714.
  2. ^ ergot, online medical dictionary
  3. ^ ergot Diarkibkan September 10, 2009, di Wayback Machine, Dorland's Medical Dictionary
  4. ^ Bandyopadhyay, Ranajit; Frederickson, Debra E.; McLaren, Neal W.; Odvody, Gary N.; Ryley, Malcolm J. (1998). "Ergot: A New Disease Threat to Sorghum in the Americas and Australia" (PDF). Plant Disease. 82 (4): 356. doi:10.1094/PDIS.1998.82.4.356. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2005-09-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.