William Light

Kolonel William Light
Sicilian Scenery, 1823

Kolonel William Light (1786 - 6 Oktober 1839) adalah pegawai tentera berkalibar dan kemudiannya Surveyor-General bagi Australia Selatan. Dia dilahirkan di Kuala Kedah, Malaysia pada tahun 1786, anak luar nikah antara Kapten Francis Light, Gobenor Pulau Pinang, dan Martina Rozells, keturunan serani Siam dan Portugis. Dia meninggal di Adelaide, Australia Selatan, akibat tuberkulosis.

Kerjaya tentera

Sicilian Scenery, 1823

Ketika berusia tiga belas tahun, Light menjadi sukarelawan bagi Royal Navy, di mana dia bertugas selama dua tahun. Dia kemudian mengembara keseluruh Europah dan India sebelum menyertai tentera British pada tahun 1808. Selepas perkhidmatan cemerlang menentang tentera Napoleon pada 1809 hingga 1814 dalam Perperangan Semenanjung Sepanyol, dia kemudiannya bertugas dipelbagai tempat di British sebagai Kapten. Dia berkahwin pada 1821. Pada tahun 1823 dia kembali ke Sepanyol untuk bertempur dalam tentera revolusi Sepanyol sebagai lieutenant kolonel. Dia tercedera teruk dan menghabiskan masa selama enam tahun mengembara mengelilingi Eropah dan Mediterranean, ditemani oleh isteri keduanya Mary (* Nota - kerana ketiadaan maklumat, isteri pertamanya dipercayai telah meninggal).

Antara 1830 dan 1835 dia membantu Mohammad Ali, pengasas Mesir moden, untuk menubuhkan tentera laut. Di sini Light berkenalan dengan John Hindmarsh, yang berkhidmat di bawahnya dan menggantikannya sebagai kapten di Nile.

Australia Selatan

Light pada mulanya dipertimbangkan bagi kedudukan Gabenor Australia Selatan - ini, bagaimanapun, diberikan kepada Hindmarsh. Sebaliknya, pada tahun 1835, Light di lantik sebagai Surveyor-General bagi koloni baru itu. Dia belayar ke Australia Selatan bersama teman wanitanya Maria Gandy (isteri keduanya meninggalkannya untuk lelaki lain) dan sebahagian kaki-tangannya dari Rapid.

Di sana Light meletakkan pelan jalan bagi bandar Adelaide, yang kekal sehingga hari ini. Peranannya dalam mengasaskan dan mereka ibu negeri Australia Selatandiingati sebagai "Pandangan Light", dan dirayai dengan patung di atas Bukit Montefiore menunding kearah Bandar Adelaide Diarkibkan 2006-08-20 di Wayback Machine di bawah. (Peranan ini, bagaimanapun dipertikai. [1] Diarkibkan 2006-07-18 di Wayback Machine) Lagenda mengatakan bahawa di sinilah tapak dari mana Kolonel memilih tapak bandar ini. Reka bentuk Light bagai Adelaide terkenal sebagai metropolis agung terakhir yang dirancang; petak tatarajah bandar, diselangi oleh lapangan umum, telah menjadikannya sebagai bandar moden yang diimpikan, berupaya menangani trafik, dan Adelaide Parklands yang mengelilinginya, memberikan perasaan sebagai "bandar dalam taman".


Rujukan

  • "Light, William", Angus & Robertson concise Australian encyclopaedia (1983), ISBN 0-207-14820-1
  • Elizabeth Kwan Living in South Australia: A Social History Volume 1: From Before 1836 to 1914 (1987)

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.