V. David

Yang Berhormat
V. David
Fail:V. David.jpg
Ahli Parlimen
bagi Bangsar, Selangor
Maklumat peribadi
LahirSelangor Bangsar, Selangor
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

V. David merupakan ahli politik Barisan Sosialis di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Bangsar, negeri Selangor (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Pilihan raya 1978

V David beralih kepada parti DAP dan beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Damansara, negeri Selangor dan anggota parlimen Puchong (1986 dan 1990). Beliau bertanding atas tiket DAP menentang parti Barisan Nasional.

Jalan V David

V David banyak berjuang untuk kepentingan pekerja.Beliau merupakan bekas setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan bekas setiausaha agung Kesatuan Pekerja pekerja Pengangkutan (TWU) selama lebih tiga dekad. Banyak kesatuan pekerja swasta dan ladang-ladang bergabung dengan MTUC.

Pada 30 April 2010, Jalan Barat, Petaling Jaya ditukar nama kepada Jalan Dr V. David, bagi mengenang tokoh pemimpin kesatuan pekerja dan wakil rakyat. Penamaan semula jalan ini sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2010.

Meninggal dunia

David meninggal dunia pada 2005 akibat serangan angin ahmar.

Rakannya P. Patto dinamakan untuk Jalan Selibin, Ipoh.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1959 P071 Bangsar V. David (LPM) 9,734 40.59% Koh Pooi Kee (Bebas) 6,821 28.45% 24,177 2,913 68.01%
Lau Joo Kooi (MCA) 5,036 21.00%
Ong Yeow Kay (PPP) 2,388 9.96%
1964 V. David (LPM) 12,686 33.24% Devan Nair (PAP) 13,494 35.36% 39,453 808 67.72%
Koh Pooi Kee (MCA) 9,761 25.58%
Chew Choo Soot (PPP) 2,219 5.81%
1969 P037 Dato' Kramat V. David (Gerakan) 17,272 75.40% Lim Chong Hai (MCA) 5,635 24.60% 23,955 11,637 77.14%
1974 P043 Jelutong V. David (PEKEMAS) 6,955 20.05% Rasiah Rajasingam (Gerakan) 16,112 46.45% 35,560 5,960 79.74%
Gooi Hock Seng (DAP) 10,152 29.27%
Teh Eng Siang (PSRM) 1,467 4.23%
1978 P086 Damansara V. David (DAP) 21,461 47.43% Subramaniam Sinniah (MIC) 18,239 40.31% 45,584 3,222 67.75%
Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman (PAS) 5,386 11.90%
Thinakaran Rajakannu (PEKEMAS) 161 0.36%
1982 V. David (DAP) 20,137 34.53% Tan Koon Swan (MCA) 34,659 59.43% 58,772 14,522 67.88%
Ramli Mohamed Yasin (PAS) 3,527 6.05%
1986 P091 Puchong V. David (DAP) 35,145 58.72% Lui Thai Heng (MCA) 20,616 34.45% 61,052 14,529 75.37%
Asri Janang (PAS) 2,409 4.02%
Yeoh Poh San (SDP) 1,684 2.81%
1990 V. David (DAP) 34,967 51.69% Tan Yee Kew (MCA) 32,686 48.31% 68,684 2,281 69.57%
Dewan Undangan Negeri Selangor[1]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1959 N13 Pantai V. David (LPM) 4,295 50.64% Teh Hung Kiat (MCA) 4,105 48.40% 8,547 190 65.22%
R. Madhavan (PPP) 82 0.97%
1964 V. David (LPM) 5,701 37.14% Seow Yu Boon (MCA) 5,341 34.79% 15,725 360 68.26%
Goh Hock Guan (PAP) 3,958 25.78%
Cheong Thiam Leong (PPP) 352 2.29%
1969 V. David (Gerakan) 16,117 72.58% C. K. Cheah (MCA) 6,088 27.42% 23,172 10,029 62.69%
1974 N25 Petaling Jaya V. David (PEKEMAS) 5,219 26.25% Fan Yew Teng (DAP) 8,597 43.24% 20,248 2,530 74.85%
Chan Jee Swee (Gerakan) 6,067 30.51%

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ TindakMalaysia/HISTORICAL-ELECTION-RESULTS, TindakMalaysia, 2024-12-21, dicapai pada 2024-12-26

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.