Tun

Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom.

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota (SSM). Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Kebanyakan penerima anugerah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti Perdana Menteri. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

Sejarah

Penggunaan gelaran Tun sebagai gelaran tertinggi Persekutuan adalah berasal daripada nama gelaran keturunan Raja Bendahara Pahang. Selepas Tun Ahmad Tun Ali memenangi Perang Saudara Pahang menentang Tun Mutahir Tun Ali, waris Tun Mutahir tidak lagi menggunakan gelaran Tun kerana bimbang dikesan oleh pihak yang menang dan pihak British yang ingin mengambil kesempatan untuk menghapuskan institusi Bendahara warisan dari Melaka.

Pihak Kerajaan Malaysia telah memohon keizinan dari Istana Pahang bagi menggunakan gelaran tersebut setelah keturunan Bendahara telah menggunakan gelaran Tengku pada nama mereka setelah Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali menaiki takhta.[1]

Penerima terkenal

Berikut adalah senarai penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Tun.[2]

Seri Maharaja Mangku Negara

Darjah kebesaran yang membawa gelaran Tun dan isteri Toh Puan.

Seri Setia Mahkota

Darjah kebesaran yang membawa gelaran Tun dan isteri Toh Puan.

Lihat juga

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.