Talbinah

Talbinah adalah makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, biasanya dibuat dengan menambah susu dan madu atau juga serbuk barli kering. Dinamakan talbinah, kerana ia mempunyai persamaan dengan susu (al-laban), iaitu kerana sifatnya yang lembut dan putih.
Talbinah bukan sekadar hidangan biasa. Ia adalah simbol kasih sayang Baginda terhadap umatnya, satu bentuk rawatan jiwa dan tubuh yang diwariskan melalui sunnah.[1] Dalam dunia yang semakin sibuk dan penuh tekanan emosi, talbinah makanan Rasulullah hadir sebagai peringatan bahawa Islam bukan hanya mengajar cara solat dan berdoa, tetapi juga mengajar cara menenangkan hati yang luka dan tubuh yang lemah.[1] Talbinah ialah makanan berasaskan barli, atau dalam bahasa Arab disebut الشعير (asy-sya‘īr), yang dimasak seperti bubur dan biasanya dicampur susu serta sedikit pemanis semula jadi seperti madu.[1]
Ia lembut, mudah dihadam, dan sesuai untuk mereka yang keletihan, sedang sakit atau berduka.[1] Sebab itulah para ulama menyebut bahawa talbinah makanan Rasulullah bukan sekadar sunnah pemakanan, tetapi sunnah yang menyentuh dimensi emosi manusia.[1]
Talbinah sebagai ubat Nabawi
Dalam Islam, terdapat riwayat dari Nabi Muhammad bahawa Talbinah dapat membantu meringankan keadaan psikologi orang yang sedang bersedih. Seperti dalam hadith:
Bahawa sesungguhnya apabila salah seorang anggota keluarganya meninggal dunia, maka berkumpullah para wanita. Kemudian mereka berpisah, kecuali keluarga dan orang-orang tertentu. Selepas itu, beliau (‘Aisyah radhiyallahu ‘anha) menyuruh diambilkan seperiuk talbinah. Lalu dia memasak dan membuat tsariid. Kemudian dia menuangkan bubur talbinah tersebut di atasnya. Setelah itu, ia berkata: “Makanlah bubur ini! Sesungguhnya, aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Talbinah dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian rasa sedih"[2]
Huraian Ulama
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam kitab Fath al-Bari: “Talbina adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung atau dedak (sekam gandum), dan kadangkala madu ditambah ke dalamnya. Ia dinamakan talbina kerana warnanya yang putih dan teksturnya yang cair menyerupai susu. Jenis yang memberi khasiat adalah yang cair dan dimasak dengan sempurna, bukannya yang pekat dan mentah.”[3]
Di dalam kitab Lisan al-Arab pula dinyatakan: “Talbina ialah sup yang diperbuat daripada tepung atau dedak, dan madu ditambah ke dalamnya.”[3]
Ringkasnya, talbina diperbuat daripada tepung dan madu, manakala sebahagian pendapat menyatakan bahawa susu juga turut ditambah ke dalamnya.[3] Di dalam Kitab Sahih Al-Bukhari, daripada Urwah, diriwayatkan bahawa Aisyah (R.A) sering menyediakan sekawah talbina, kemudian menyediakan tharid (hidangan roti yang direndam dalam kuah daging), lalu menuangkan talbina tersebut di atasnya, dan kemudian menghidangkannya.[3]
Rujukan
Pautan luar
- (Indonesia) Makna Talbinah, Muslim.Or.Id Diarkibkan 2015-03-17 di Wayback Machine
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.