Sikkim

सिक्किम
Sikkim
—  state  —
Gangtok
Lokasi सिक्किम
Sikkim di India
Koordinat
Negara India
Daerah 4
Tarikh ditubuhkan 16 May 1975
Ibu negeri Gangtok
Bandar terbesar Gangtok
Ketua Menteri Pawan Kumar Chamling
Gabenor V. Rama Rao
Perundangan (kerusi) Tunggal (32)
Penduduk

Kepadatan

540,493 (28)

76.17/km2 (197/sq mi)

Bahasa rasmi Nepali
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 7096 km2 (2740 sq mi)
ISO 3166-2 IN-SK
Laman web sikkim.nic.in
Mohor सिक्किम
Sikkim

Sikkim (bahasa Nepali: सिक्किम, juga Sikhim) ialah sebuah negeri India yang dilingkungi daratan sepenuhnya yang terletak di banjaran Himalaya. Sikkim ialah negeri yang paling sedikit penduduknya di India,[1] dan kedua terkecil keluasannya mengekori Goa. Negeri berbentuk ibu jari ini bersempadan dengan Nepal di barat, Tibet di utara dan timur, dan Bhutan di tenggara, serta negeri Bengal Barat di selatan.[2] Bahasa-bahasa rasminya ialah bahasa Hindi , Bhutia, Nepali, Lepcha, Limbu, dan Inggeris. Bahasa yang digunakan dalam hampir segala urusan bertulis ialah bahasa Inggeris. Agama-agama yang utamanya ialah agama Hindu dan agama Buddha Vajrayana. Gangtok ialah ibu negeri dan bandar terbesar Sikkim.[3]

Meskipun saiznya yang kecil, namun Sikkim menikmati kepelbagaian geografi, disebabkan lokasinya di rantau Himalaya. Iklimnya antara subtropika ke pergunungan tinggi. Kangchenjunga, kemuncak ketiga tertinggi di dunia, terletak di bahagian barat laut pada sempadan Nepal, dan boleh dilihat daripada kebanyakan tempat di negeri ini.[2] Sikkim ialah sebuah destinasi pelancongan popular kerana budaya, keindahan pemandangan dan kepelbagaian biologinya.

Ekonomi

Keluaran Dalam Negara Kasar (GSDP) Sikkim dianggarkan berjumlah Rs 0.52 trilion ($6.3 bilion) pada 2024-25. [4]Ekonomi negeri terutamanya berasaskan pertanian, diikuti oleh pelancongan dan perlombongan terutamanya berasaskan penanaman padi teres dan jagung, sekoi, gandum, barli, oren, teh dan buah pelaga Dalam [5]beberapa tahun kebelakangan ini, Perjudian telah dihalalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk meningkatkan ekonomi dalam usaha meningkatkan pelancongan.[6]

Nota

  1. ^ Arjun Adlakha (1997). "Population Trends: India" (PDF). International brief. U.S. Department of Commerce. m/s. 5. Dicapai pada 2006-10-12. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "Physical Features of Sikkim". Department of Information and Public Relations, Government of Sikkim. 2005-09-29. Dicapai pada 2006-10-12. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "General Information". Sikkiminfo.net. Dicapai pada 2006-10-12.
  4. ^ "About Sikkim State: Industries in Sikkim, Tourism, Economy Growth & Agriculture". India Brand Equity Foundation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-19.
  5. ^ rawan239 (2024-10-16). "An Introduction to Economy of Sikkim". Sikkim PCS Free Notes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-19.
  6. ^ "Free Slot India". www.indiaslotplay.com. Dicapai pada 2024-12-19.

Pautan luar


Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.