Reriang

Reriang
Reriang tahunan, Tibicen linnei
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Superkeluarga:
Cicadoidea
Keluarga:
Cicadidae

Westwood, 1840
Subfamili

Cicadettinae
Cicadinae
Tettigadinae
Tibiceninae

Reriang (Jawi: ررياڠ) atau riang-riang (Jawi: رياڠ-رياڠ atau رياڠ٢‎) ialah serangga dalam order Hemiptera, suborder Auchenorrhyncha, dalam superfamili Cicadoidea, dengan mata besar terbuka luas di kepala dan biasanya bersayap lutsinar. Terdapat kira-kira 2,500 spesies reriang di serata dunia, dan banyak lagi belum dikelaskan.

Anatomi

Pengawalan suhu

Reriang aktif pada suhu bawah 39°C, sebaliknya ia menunjukkan contoh unik di mana pengawalan suhu dilakukan melalui penyejukan sejat mirip berpeluh: lebihan cecair dari tumbuhan dimakan akan dirembeskan melalui liang tergum agar mudah disejat lalu mampu menurunkan suhu sehingga sekurang 5°C.[1][2] Banyak spesies riang-riang mampu memanaskan suhu diri setinggi 22 °C (40 °F) melebihi suhu persekitaran.[3]

Penghasilan bunyi

Bunyi yang dihasilkan reriang jantan adakala mampu mencapai desibel cukup tinggi merosakkan pendengaran manusia.[4]

Tabiat

Pemakanan

Riang-riang dewasa menghisap cecair dalam tumbuhan menggunakan muncung.[5][6] Lebihan cecair ini adakala akan dikeluarkan melalui saluran pencernaan. Keadaan ini boleh diperhatikan dalam pokok-pokok tertentu dihinggapi kawanan reriang di kawasan tertentu seperti di Kota Bharu, Kelantan yang kelihatan "menangis" sehingga ada penduduk setempat yang menganggap ia air dipercayai mujarab penyakit tertentu.[7]

Pergerakan

Riang-riang tidak mampu berjalan mahupun melompat baik tetapi sebaliknya mampu terbang untuk pergi dari satu titik ke suatu titik lain melebihi jarak beberapa sentimeter.[8]

Pembiakan

Terdapat tiga tahap utama dalam kitaran hayat reriang iaitu telur, nimfa dan dewasa.[4]

Rujukan

  1. ^ Hadley, Neil F.; Quinlan, Michael C.; Kennedy, Michael L. (1991). "Evaporative cooling in the desert cicada: thermal efficiency and water/metabolic costs". Journal of Experimental Biology. 159 (1): 269–283.
  2. ^ Toolson, Eric C. (1987). "Water Profligacy as an Adaptation to Hot Deserts: Water Loss Rates and Evaporative Cooling in the Sonoran Desert Cicada, Diceroprocta apache". Physiological Zoology. 60 (4): 379–385. doi:10.1086/physzool.60.4.30157899. S2CID 87904484.
  3. ^ Sanborn, Allen F.; Villet, Martin H.; Phillips, Polly K. (2003). "Hot-blooded singers: endothermy facilitates crepuscular signaling in African platypleurine cicadas (Homóptera: Cicadidae: Platypleura spp.)". Naturwissenschaften. 90 (7): 305–308. Bibcode:2003NW.....90..305S. doi:10.1007/s00114-003-0428-1. PMID 12883772. S2CID 9090814.
  4. ^ a b "Cicadas, facts and photos". National Geographic. Dicapai pada 15 July 2017.
  5. ^ Elliott, Lang, and Wil Hershberger. (2007). The Songs of Insects. Boston: Houghton Mifflin Co. pp. 184–185. ISBN 0618663975.
  6. ^ Periodical Cicadas – Genus Magicicada
  7. ^ Afiq Ariffin (29 Januari 2019). "Misteri pokok petai menangis terjawab, penduduk tadah air kencing serangga". Astro Awani. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  8. ^ Resh, Vincent H.; Cardé, Ring T. (2009). Encyclopedia of Insects. Academic Press. m/s. 56–63. ISBN 978-0-08-092090-0.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.