Progresivisme
| Sebahagian daripada siri Politik |
| Politik kepartian |
|---|
Progressivisme ialah falsafah politik yang menyokong suatu pembaharuan yang bergerak ke arah kemajuan (progress, "bergerak maju" dalam bahasa Inggeris[1]) dalam sesebuah masyarakat.[2] Ia didasarkan kepada suatu idea mengenai asas kemajuan (idea of progress) yang menegaskan kepada kemajuan dalam sains, teknologi, pembangunan ekonomi dan pengaturan masyarakat sebagai perkara penting yang meningkatkan taraf atau keadaan manusia yang hakiki.
Konsep progresivisme awal abad ke-20 muncul daripada perubahan besar terhadap masyarakat serata Eropah yang terkesan akibat perindustrian dan Revolusi Perindustrian Kedua pada akhir abad ke-19; golongan pendukung fahaman ini berpandangan bahawa ia mampu menangani masalah jurang ekonomi yang luas, monopoli, serta persaingan antara buruh pekerja dan elit ekonomi yang sengit dan sering ganas yang kesemuanya dilihat menghalang kemajuan penuh masyarakat.[3] Ia datang semasa Zaman Pencerahan dari kepercayaan bahawa masyarakat boleh maju daripada keadaan tidak beradab kepada bertamadun melalui pengukuhan asas pengetahuan empirikal sebagai asas masyarakat.[4] Tokoh Pencerahan percaya bahawa kemajuan mempunyai aplikasi sejaga kepada semua masyarakat dan idea-idea ini akan tersebar ke seluruh dunia dari Eropah.[4]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Musyfa' (Okt 1950). "Halaman Persuratan Bahasa Melayu". Qalam. m/s. 37 melalui Persatuan Penyelidikan Jawi Jepun Pusat Pengajian Bidang Bersepadu, Universiti Kyoto, Jepun
- ^ "Progressivism dalam Bahasa Inggeris". Oxford English Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2019. Dicapai pada 2 Mei 2017.
- ^ Nugent, Walter. Progressivism: A Very Short Introduction. Oxford University Press. m/s. 2. ISBN 9780195311068. Unknown parameter
|tahun=ignored (bantuan) - ^ a b Harold Mah. Fantasi Pencerahan: Identiti Budaya di Perancis dan Jerman, 1750–1914. Universiti Cornell. (2003). hlm. 157.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.