P
P ialah huruf Rumi moden yang ke-16, bernama pi (IPA: [piː]). SejarahHuruf Semitik Pê (mulut), dan juga huruf Yunani Π atau π (Pai), serta huruf-huruf Etruskan dan Latin yang berkembang dari huruf Yunani tersebut, semuanya membawa bunyi /p/, iaitu plosif bilabial tak bersuara. KegunaanDalam bahasa Melayu, Inggeris dan banyak lagi bahasa yang bertulisan rumi, huruf P berbunyi konsonan plosif bilabial tak bersuara. Satu dwihuruf dalam bahasa Inggeris dan Perancis yang melibatkan huruf P ialah "ph" yang menandakan bunyi frikatif labiodental tak bersuara /f/, dan digunakan untuk mentransliterasikan huruf Fi (φ) dalam kata-kata pinjaman bahasa Yunani. Dalam bahasa Jerman, dwihuruf "pf" yang menandakan afrikat bibir /pf/ kerap dijumpai. Penutur bahasa Arab tidak biasa menyebut bunyi /p/ kerana dalam bahasa mereka tiadanya bunyi konsonan ini; sebaliknya mereka cenderung menyebutnya seperti /b/ atau /v/. Kod-kod pengkomputeranPerwakilan alternatif P
Lihat juga
|