H merupakan huruf ke-8 dalam abjad Latin. Namanya ialah eic.
Sejarah
Hieroglif Mesir pagar
|
Proto-Semitik ħ
|
Phoenicia ħ
|
Etruscan H
|
Yunani (H)eta
|
|
|
|
|
|
Huruf Semitik ח (ḥêṯ) mungkin mewakili frikatif farinks tak bersuara (IPA: [ħ]). Bentuk huruf ini mungkin membawa erti pagar. Abjad Yunani H awal berbunyi /h/, tetapi lama-kelamaan menjadi huruf vokal eta (Η, η) yang berbunyi /ɛː/. (Dalam bahasa Greek moden, fonem ini bergabung dengan /i/.)
Bahasa Etruscan dan bahasa Latin pernah ada fonem /h/, namum semua bahasa-bahasa Romawi kehilangan bunyi itu — bahasa Romania meminjam balik fonem /h/ dari bahasa-bahasa Slavik, bahasa Sepanyol mengembangkan bunyi /h/ sekunder dari F tetapi kehilangannya lagi, sementara /x/ bahasa Sepanyol menampakkan alofon [h] di sesetengah negara berbahasa berkenaan. Dalam bahasa Jerman, huruf h selalunya digunakan sebagai pemanjang vokal di samping membawa bunyi /h/, mungkin kerana bunyi /h/ adakalanya hilang antara bunyi vokal dalam bahasa tersebut, tetapi juga ada kena-mengena dengan kehilangan /h/ oleh bahasa-bahasa Romawi. Maka, huruf H sering dilihat dalam sesetengah ejaan bahasa dalam dwihuruf dan trihuruf, seperti ch yang berbunyi /tʃ/ (bahasa Inggeris dan Sepanyol), /ʃ/ (bahasa Perancis), /k/ (bahasa Itali), atau /χ/ (bahasa Jerman).
Penggunaan
Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, simbol ini digunakan untuk mewakili dua bunyi. Huruf kecilnya, [h], mewakili frikatif glotis tak bersuara atau 'berhembus', dan huruf besar yang dikecilkan, [ʜ], represents the frikatif epiglotis tak bersuara.
Kod-kod pengkomputeran
Lihat juga
Rujukan