B
Huruf 'B' ialah huruf kedua dalam abjad Rumi. Namanya dalam Bahasa Melayu ialah bee /biː/. SejarahHuruf B berkemungkinan bermula sebagai sebuah piktogram untuk sebuah pelan rumah dalam Hiroglaf Mesir atau Abjad Proto-semitik.
Menjelang 1500 SM, huruf-huruf dalam Abjad Phoenicia mempunyai bentuk tegak yang berfungsi sebagai sebuah "beth". TipografiHuruf moden b datang daripada huruf Romawi.
Huruf B tidak seharusnya dikelirukan dengan huruf Bahasa Jerman, ß. PenggunaanDalam kebanyakan bahasa yang memakai huruf Rumi, huruf B menandakan plosif bilabial bersuara (sebutan bahasa Inggeris: /b/). Dalam bahasa-bahasa Estonia dan Iceland serta juga perumian bahasa Cina, B tidak bersuara, tetapi masih dibezakan dari huruf P, yang dipanjangkan menjadi /pp/ dalam bahasa Estonia, dan disedut pula menjadi /pʰ/ dalam bahasa Cina dan iceland. Dalam bahasa Fiji, B diprasengaukan menjadi /mb/, sementara dalam bahasa Zulu dan bahasa Xhosa pula menjadi konsonan implosif /ɓ/, berbanding dwihuruf Bh yang melambangkan /b/. Bahasa Finland hanya memakai huruf b untuk kata pinjaman. Dalam huruf IPA dan X-SAMPA, huruf /b/ menandakan plosif bilabial bersuara. Adanya bentuk kelainan huruf b yang menandakan konsonan bilabial berkaitan, seperti implosif bilabial bersuara dan getaran bilabial. Dalam X-SAMPA, huruf besar B menandakan frikatif bilabial bersuara. Huruf B juga digunakan sebagai not muzik. Kod-kod pengkomputeranPerwakilan alternatif B
Lihat juga
Pautan luar
|