Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

 

Oranjestad, Aruba

Oranjestad
Bandar/ Ibu Negara
Pusat bandar Oranjestad
Pusat bandar Oranjestad
Negara Aruba
Ditubuh1796
Aras
4 m (13 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah29,998

Oranjestad (Dutch, secara literal "Bandar Jingga") adalah ibu negara dan bandar terbesar di Aruba. Oranjestad terletak di pantai selatan berhampiran hujung barat negara pulau itu. Dalam bahasa tempatan, Papiamento, Oranjestad sering dirujuk sebagai "Playa". Pada 2010 jumlah penduduk dianggarkan hanya di bawah 30,000 orang.

Sejarah

Pekan ini telah dibina di sekitar Fort Zoutman tidak lama selepas ia dibuka pada 1796. Pada mulanya bandar ini tidak mempunyai nama rasmi yang hanya dikenali sebagai bandar di Teluk Horses (Paardenbaai dalam Bahasa Belanda), tempat dimana Kuda diternak untuk dieksport ke Curacao. Pekan ini telah menjadi semakin maju dan berkembang selepas menjadi ibu negara pulau ini.

Bandar ini dinamakan sempena nama pertama Raja Willem van Oranje-Nassau (William of Orange-Nassau) - waris yang pertama ke Dewan Belanda Orange. Nama itu diberikan kepada bandar ini pada 1820 apabila kepentingan di Aruba meningkat kerana penemuan deposit emas.

Air Aruba pernah membuka ibu pejabatnya di Oranjestad. Air Aruba kini digantung operasinya sejak 23 Oktober 2000.[1]

Geografi dan iklim

Bahagian-bahagian kecil di bandar ini terbentuk daripada satu siri buatan manusia akibat penambakan tanah ke dalam laut. Pada masa kini Renaissance Marketplace (dahulunya Marketplace Seaport)dan juga yang bersebelahan Queen Wilhelmina Park, terletak di dalam sebahagian kawasan laut yang telah ditebus guna.

Data iklim untuk Oranjestad, Aruba (1981-2010, extremes 1951-2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 32.5
(90.5)
33.0
(91.4)
33.9
(93.0)
34.4
(93.9)
34.9
(94.8)
35.2
(95.4)
35.3
(95.5)
36.1
(97.0)
36.5
(97.7)
35.4
(95.7)
35.0
(95.0)
34.8
(94.6)
36.5
(97.7)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30.0
(86.0)
30.4
(86.7)
30.9
(87.6)
31.5
(88.7)
32.0
(89.6)
32.2
(90.0)
32.0
(89.6)
32.6
(90.7)
32.7
(90.9)
32.1
(89.8)
31.3
(88.3)
30.4
(86.7)
31.5
(88.7)
Purata suhu harian, °C (°F) 26.7
(80.1)
26.8
(80.2)
27.2
(81.0)
27.9
(82.2)
28.5
(83.3)
28.7
(83.7)
28.6
(83.5)
29.1
(84.4)
29.2
(84.6)
28.7
(83.7)
28.1
(82.6)
27.2
(81.0)
28.1
(82.6)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 24.5
(76.1)
24.7
(76.5)
25.0
(77.0)
25.8
(78.4)
26.5
(79.7)
26.7
(80.1)
26.4
(79.5)
26.8
(80.2)
26.9
(80.4)
26.4
(79.5)
25.8
(78.4)
25.0
(77.0)
25.9
(78.6)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 21.3
(70.3)
20.6
(69.1)
21.4
(70.5)
21.5
(70.7)
21.8
(71.2)
22.7
(72.9)
21.2
(70.2)
21.3
(70.3)
22.1
(71.8)
21.9
(71.4)
22.0
(71.6)
20.5
(68.9)
20.5
(68.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 39.3
(1.55)
20.6
(0.81)
8.7
(0.34)
11.6
(0.46)
16.3
(0.64)
18.7
(0.74)
31.7
(1.25)
25.8
(1.02)
45.5
(1.79)
77.8
(3.06)
94.0
(3.70)
81.8
(3.22)
471.8
(18.58)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 8.4 5.0 1.8 1.9 2.2 2.8 4.9 4.3 3.9 7.4 10.6 11.4 64.6
Purata kelembapan relatif (%) 77.5 76.1 75.7 77.1 77.9 77.4 77.8 76.2 76.8 78.6 79.1 78.4 77.4
Sumber: DEPARTAMENTO METEOROLOGICO ARUBA,[2] (extremes)[3]

Budaya

Terdapat beberapa seni bina kolonial Belanda. Disebabkan oleh peningkatan kepentingan kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya pulau itu, beberapa bangunan dan rumah lama di pusat bandar telah berubah menjadi mercu tanda berwarna-warni yang dipulihkan, seperti senibina yang dibuat dari kapur berwarna Pejabat Pendaftaran Sivil di Wilhelminastraat.

Pelancongan

Beberapa taman rekreasi moden telah dibina, termasuk pusat membeli-belah di Royal Plaza, dan beberapa bangunan bertaburan di sepanjang jalan utama di Dataran Utama. Fort Zoutman merupakan salah satu tarikan di bandar ini, pelancong asing suka mengunjungi pelabuhan bebas cukai dan III Tower Willem, yang terletak berhampiran kubu yang bersejarah.

Rujukan

  1. ^ World Airline Directory. Flight International. March 17–23, 1999. "46.
  2. ^ "Summary Climatological Normals 1981-2010" (PDF). Departamento Meteorologico Aruba. Dicapai pada 15 October 2012.
  3. ^ "Climate Data Aruba". Departamento Meteorologico Aruba. Dicapai pada 15 October 2012.
Kembali kehalaman sebelumnya


Index: pl ar de en es fr it arz nl ja pt ceb sv uk vi war zh ru af ast az bg zh-min-nan bn be ca cs cy da et el eo eu fa gl ko hi hr id he ka la lv lt hu mk ms min no nn ce uz kk ro simple sk sl sr sh fi ta tt th tg azb tr ur zh-yue hy my ace als am an hyw ban bjn map-bms ba be-tarask bcl bpy bar bs br cv nv eml hif fo fy ga gd gu hak ha hsb io ig ilo ia ie os is jv kn ht ku ckb ky mrj lb lij li lmo mai mg ml zh-classical mr xmf mzn cdo mn nap new ne frr oc mhr or as pa pnb ps pms nds crh qu sa sah sco sq scn si sd szl su sw tl shn te bug vec vo wa wuu yi yo diq bat-smg zu lad kbd ang smn ab roa-rup frp arc gn av ay bh bi bo bxr cbk-zam co za dag ary se pdc dv dsb myv ext fur gv gag inh ki glk gan guw xal haw rw kbp pam csb kw km kv koi kg gom ks gcr lo lbe ltg lez nia ln jbo lg mt mi tw mwl mdf mnw nqo fj nah na nds-nl nrm nov om pi pag pap pfl pcd krc kaa ksh rm rue sm sat sc trv stq nso sn cu so srn kab roa-tara tet tpi to chr tum tk tyv udm ug vep fiu-vro vls wo xh zea ty ak bm ch ny ee ff got iu ik kl mad cr pih ami pwn pnt dz rmy rn sg st tn ss ti din chy ts kcg ve 
Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9