Musim

Musim (Jawi: موسيم, bahasa Inggeris: season) merupakan salah satu daripada pembahagian besar dalam jangka masa tahunan, pada umumnya berdasarkan pada perubahan tempoh setahun berdasarkan cuaca.
Musim terjadi akibat putaran tahunan Bumi mengelilingi Matahari dan kecondongan paksi Bumi berbanding satah putaran.
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Cuaca |
|---|
| Gerbang Cuaca |
Peristilahan
"Musim" merupakan serapan Arab: مَوْسِم mawsim iaitu bentuk ism kata kerja وَسَمَ wasama yang bermaksud "menandakan" (to mark, marked).[1]
Punca
Peredaran bumi
Pentarikhan
Keadaan Bumi yang mencondong semasa peredaran mengelilingi bumi menyebabkan dua belahan utama ia, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mempunyai musim yang berlainan pada tempoh atau waktu yang lebih kurang sama. Namun, perincian tempoh yang diukur terbahagi kepada beberapa pendekatan berbeza:
Cara meteorologi
Pengiraan ini mula dikembangkan suatu persatuan kaji cuaca di Eropah bernama Societas Meteorologica Palatina pada 1780 di mana 1 tahun dibahagikan rata-rata kepada 4 tempoh suasana selama 3 bulan dalam takwim Gregorius, pendekatan ini melekat penggunaannya sehingga hari ini.[2]
| Belahan bumi | 1 Mac - 31 Mei | 1 Jun - 31 Ogos | 1 September - 30 November | 1 Disember - 28/29 Februari |
|---|---|---|---|---|
| Hemisfera Utara | Musim bunga | Musim panas | Musim luruh | Musim sejuk |
| Hemisfera Selatan[3][4] | Musim luruh | Musim sejuk | Musim bunga | Musim panas |
Cara astronomi
Pengiraan ini pula ditentukan dengan mencatat waktu lintasan Matahari dalam liputan Garisan-Garisan Sartan dan Jadi pada waktu solstis dan lintasan Matahari melalui Khatulistiwa pada waktu ekuinoks.[5] Musim-musim yang dikirakan ini tidaklah sama panjang kerana sifat orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.
Rujukan
- ^ Lane, Edward William (1863–1893). "وسم". Arabic-English Lexicon. London – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)
- ^ Begin van de lente (Start of Spring), KNMI (Royal Dutch Meteorology Institute), 2009-03-20, diarkibkan daripada yang asal (Dutch) pada 2009-03-27, dicapai pada 2009-03-20
- ^ "Australian weather and the seasons". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada 22 Oktober 2012.
- ^ "Details - Argentina - Seasons & Climate". www.wildland.com. Dicapai pada 27 April 2018.
- ^ "Earth's Seasons". Astronomical Applications Department. The United States Naval Observatory (USNO). September 21, 2015. Dicapai pada Jun 23, 2017.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.