Muizzah


Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة) dikatakan merupakan seekor kucing peliharaan Muhammad yang paling disayangi.[1] Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (daripada tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepalanya kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza lalu diletakkan Muezza di paha baginda.[2] Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.[3] Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Muhammad ke atas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengasari haiwan tidak kira sama ada haiwan itu haram dimakan atau tidak ialah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah daripada Allah.[4][5]

Rujukan

  1. ^ Geyer, Georgie Anne (2004). When Cats Reigned Like Kings: On the Trail of the Sacred Cats. Andrews McMeel Publishing. ISBN 0-7407-4697-9. Cite has empty unknown parameters: |origmonth=, |month=, |origdate=, dan |coauthors= (bantuan)
  2. ^ Cats in Islamic Culture
  3. ^ Muttaqun OnLine - Cats: According to Quran and Sunnah
  4. ^ "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23. Dicapai pada 2010-11-01.
  5. ^ "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23. Dicapai pada 2010-11-01.

Pautan luar

Penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.