Matsyendrasana

Ardhamatsyendrasana I, bentuk separuh sikap yang biasa diamalkan

Matsyendrasana (Sanskrit: मत्स्येन्द्रासन; ATSA: Matsyendrāsana), Sikap Matsyendra (Jawi: سيكڤ متسيندرا) atau Sikap Raja Ikan (Jawi: سيكڤ راج ايكن) ialah satu asana memusing sambil duduk dalam hathayoga dan yoga sebagai senaman moden. Bentuk penuhnya ialah Paripurnamatsyendrasana yang sukar. Varian yang biasa dan lebih mudah ialah Ardhamatsyendrasana.[1] Asana ini mempunyai banyak variasi, dan dalam bentuk separuhnya merupakan salah satu daripada dua belas asana asas dalam banyak sistem hatha yoga.[2]

Etimologi dan asal-usul

Nama ini berasal daripada perkataan Sanskrit परिपूर्ण Paripurna, sempurna; मत्स्येन्द् Matsyendra, salah seorang pengasas hathayoga, yang namanya pula bermaksud "raja segala ikan"; dan आसन asana, postur atau duduk;[3] अर्ध ardha bermaksud separuh.[1][4][5]

Asana ini berasal dari zaman pertengahan, diterangkan dalam Hathayogapradipika abad ke-15, 1.26-7, yang menyatakan bahawa ia memusnahkan banyak penyakit,[6] dan Gherandasanhita abad ke-17, 2.22-23.

Yogi Ghamande memilih asana ini untuk kulit buku bersejarah beliau pada tahun 1905, Yogasopana Purvachatushka; beliau menggambarkan sikap tersebut menggunakan plat ton separa, memberikan gambaran realistik badan yogi buat pertama kalinya.[7][8][9]

Keterangan

Sebelah kaki diletakkan rata di atas lantai di luar kaki yang bertentangan, dan torso (batang tubuh) dipusingkan ke arah kaki atas. Kaki bawah boleh dibengkokkan dengan kaki di luar pinggul bertentangan atau diluruskan dengan jari kaki menegak. Lengan membantu mengumpal torso ke dalam pusingan, dan boleh diikat dalam pelbagai konfigurasi dengan mencengkam sama ada kaki atau tangan yang bertentangan.

Variasi

Paripurnamatsyendrasana

Untuk Ardhamatsyendrasana I, duduk dengan sebelah kaki dibengkokkan di atas tanah, kaki diselitkan rapat ke badan, dan silangkan kaki satu lagi merentasi badan, lutut diangkat dan dibengkokkan, dan kaki berada di atas tanah di bahagian luar kaki yang satu lagi. Pusingkan badan dan genggam lutut yang diangkat. Sesetengah pengamal akan berasa selesa membawa lengan ke atas untuk menekan lutut yang diangkat, tanpa bersandar ke belakang; sesetengahnya boleh menggenggam tangan di belakang badan.[10]

Ardhamatsyendrasana II mempunyai sebelah kaki yang lurus di atas tanah, dan yang satu lagi dibengkokkan seperti dalam Padmasana; tangan di sisi kaki yang dibengkokkan mencengkam bahagian luar kaki yang dilunjurkan, dan tangan satu lagi mencapai ke belakang untuk mencengkam betis kaki yang dibengkokkan.[10]

Ardhamatsyendrasana III dimasuki dari Ardhamatsyendrasana I. Kaki bawah beralih ke posisi Padmasana, dan lengan mengikat dengan mencengkam kedua-dua kaki.[10]

Untuk varian berbaring, Supta Matsyendrasana, bermula daripada posisi terlentang, lengan didepakan pada paras bahu, sebelah lutut dibengkokkan, dan lutut serta pinggul dipusingkan ke arah sisi yang bertentangan.[11]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b "Half Lord of the Fishes Pose" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal. Dicapai pada 9 April 2011.
  2. ^ "The Half Spinal Twist - Ardha-Matsyendrasana". Hatha Yoga (dalam bahasa Inggeris). Advaita Yoga Ashrama. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2013. Dicapai pada 6 May 2013.
  3. ^ Long, Ray (2011). Yoga Mat Companion 3: Anatomy for Backbends and Twists. Greenleaf. m/s. 162. ISBN 978-1-60743-944-8.
  4. ^ Iyengar 1979, m/s. 273.
  5. ^ Maehle, Gregor; Gauci, Monica (November 2009). Ashtanga Yoga - The Intermediate Series: Mythology, Anatomy, and Practice (dalam bahasa Inggeris). New World Library. m/s. 43. ISBN 978-1-57731-669-5.
  6. ^ Mallinson, James; Singleton, Mark (2017). Roots of Yoga. Penguin Books. m/s. 109. ISBN 978-0-241-25304-5. OCLC 928480104.
  7. ^ Ghamande 1905.
  8. ^ Greenberg, Stephen J. (27 November 2013). "NLM Visits the Sackler" (dalam bahasa Inggeris). US National Library of Medicine. Dicapai pada 2 May 2019.
  9. ^ Singleton 2010, m/s. 170–174.
  10. ^ a b c Iyengar 1979, m/s. 259–262, 270–273.
  11. ^ "Supine Spinal Twist | Supta Matsyendrasana". Yoga Basics. Dicapai pada 5 February 2019.

Sumber

Pautan luar

  • Kategori berkaitan Matsyendrāsana di Wikimedia Commons

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.