Matcha


Matcha
Teh Matcha
JenisHijau

Nama lain抹茶, "teh giling"
Asaltanah besar China

Penerangan kilatTeh hijau dikisar batu cara Jepun

Matcha[i] (抹茶, disebut [mat.tɕa]) adalah serbuk halus daun teh hijau yang diproses khas; tumbuhan Camellia sinensis ditanam di bawah teduhan[1][2][3] menghasilkan lebih banyak teanina dan kafeina. Serbuk matcha dibancuh dengan air panas[4] atau susu panas sebelum diminum. Ia banyak dihasilkan di Jepun.[5]

Jenis teh ini berasal dari China dan disebarkan ke Jepun semasa dinasti Song oleh seorang sami Zen bernama Eisei pada 1214; beliau menulis buku bertajuk Kissa Yōjōki (喫茶養生記) yang menerangkan cara daun-daun teh dipetik pada waktu pagi, dikukus serta-merta dan dipanggang kering selama semalaman.[6] Jenis teh ini dihentikan penghasilannya di China oleh Maharaja Zhu Yuanzhang yang memerintah Dinasti Ming; orang Jepun masih meneruskan pembuatan jenis teh tersebut.[7]

Nama serantau
Nama bahasa Cina
Cina抹茶
Nama bahasa Jepun
Kanji抹茶
Kanaまっちゃ
Nama bahasa Korea
Hangul
말차
Hanja
末茶
Perumian Semakanmalcha
McCune–Reischauermalch'a
Nama alternatif bahasa Korea
Hangul
가루차
Perumian Semakangarucha
McCune–Reischauerkaruch'a

Penghasilan

Pokok-pokok teh ditutup menggunakan kain serau selama 2-3 minggu.[2] Peneduhan ini asalnya mengelakkan pucuk-pucuk daun daripada dirosakkan ibun, tetapi peneduhan tersebut mengurangkan proses fotosintesis dalam daun-daun yang menukarkan teanina kepada tanin, iaitu, bahan yang memberikan rasa pahit dari minum air teh biasa. Teh daun-daun teduh mempunyai kandungan umami yang tinggi.[8]

Daun-daun pucuk teh yang dipetik selepas penumbuhan ini disebut tencha (碾茶); tencha dikukus pada suhu 100 °C selama 10–15 saat untuk melembutkan dan mematikan enzim pengoksidaan. Daun-daun ini kemudiannya dikeringkan dalam mesin pada 170–200 °C dan dihamparkan dalam tali sawat yang membawa ke alat penggiling.[9] Serbuk teh digiling berwarna hijau terang disebabkan kepekatan klorofil yang meningkat dalam daun-daun pokok teh yang diteduhkan.[10]

Penyediaan

Orang Jepun minum matcha selepas makan kuih. Air matcha dibancuh dengan menceduk serbuk teh menggunakan sudu khas (茶杓, chashaku) ke dalam mangkuk besar (茶碗, chawan) dan dikacau menggunakan pemukul buluh (茶筅, chasen) sehingga sebati.[11]

Air matcha ada jenis yang pekat berbuih (薄茶, usucha) dan jenis yang cair (薄茶, koicha);[12] minuman usucha dibancuh dengan air yang bersuhu 90 °C lebih panas daripada minuman koicha yang dibancuh dengan air bersuhu 80 °C.[13] Air jenis koicha ialah minuman utama dalam upacara teh Jepun.[14]

Nota

  1. ^ "Matcha" daripada perumian Hepburn perkataan まっちゃ maccha, perumian kunrei-shiki (ISO 3602)-nya adalah "mattya". "Maccha" adalah perumian yang tidak standard mahupun biasa.

Rujukan

  1. ^ "3 Terms and definitions, 3.18 matcha tea". ISO 20715:2023 Tea — Classification of tea types. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  2. ^ a b 消費者庁 食品表示企画課. "食品表示基準Q&A" (PDF). m/s. 25. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 April 2024. Dicapai pada 20 Mac 2024.
  3. ^ "緑茶の表示基準" (PDF). 公益社団法人日本茶業中央会. m/s. 21. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Mac 2024. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  4. ^ 公益社団法人日本茶業中央会 (2017). 日本茶の図鑑 [Panduan Bergambar Teh Jepun] (ed. 新版). マイナビ出版. m/s. 30. ISBN 978-4839963545.
  5. ^ Heiss & Heiss 2007, m/s. 170.
  6. ^ 千宗 (1958). Sen, Soshitsu (penyunting). 茶道古典全集 [Complete Collection of Tea Ceremony Classics] (dalam bahasa Jepun). 1. Tankō Shinsha. m/s. 13. doi:10.11501/2466377.
  7. ^ Heiss & Heiss 2007, m/s. 15–16.
  8. ^ Ishigaki, Kozo (1981). "お茶の化学成分,味・香りと茶樹の栽培" [Bahan-bahan kimia teh, rasa dan perisa dan penanaman pokok-pokok teh]. Chemistry and Biology (dalam bahasa Jepun). The Japanese Society of Agricultural Chemistry. 19 (5): 278–285. doi:10.1271/kagakutoseibutsu1962.19.278.
  9. ^ Haraguchi, Kenji (2015). "抹茶の特徴" [Ciri-ciri Matcha]. Japan Association on Odor Environment (dalam bahasa Jepun). 46 (2): 121–126. doi:10.2171/jao.46.121.
  10. ^ Yoshida, Hiroyuki; Inuzuka, Masami; Fuchinoue, Hiroko; Shimoda, Michiko; Nomura, Setsuko; Watanabe, Hiroshi (1959). "かぶせ茶の原葉生産に関する基礎的研究(第1報)" [Kajian-Kajian Asas Penghasilan Teh Daun Teduh (Laporan Pertama)]. Tea Research Journal (dalam bahasa Jepun). 1959 (13): 30–38. doi:10.5979/cha.1959.30.
  11. ^ Soryu Tanaka (17 Disember 2017). "お抹茶より先にお菓子を頂く理由". 三日月茶道教室 (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2024. Dicapai pada 12 Disember 2024.
  12. ^ Walloga, April. "Americans are obsessed with matcha tea — but we're drinking it all wrong". Finance. Business Insider. Dicapai pada 9 September 2025.
  13. ^ 橋本城岳 (6 September 2018). "濃茶と薄茶の違いや入れ方を動画と写真で解説!茶道の抹茶碗の違いも説明". 抹茶碗 (dalam bahasa Jepun). 京焼窯元. Dicapai pada 9 September 2025.
  14. ^ Anderson, Jennifer Lea (1991). An Introduction to Japanese Tea Ritual (dalam bahasa Inggeris). Albany, New York, AS: SUNY Press. m/s. 187. ISBN 978-0-7914-0749-3.

Sumber-sumber

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.