Man Kidal

Man Kidal
Album Rockestra (Album solo pertama Man Kidal)
Maklumat latar belakang
Nama lahirAbdul Rahman bin Mahmood
Juga dikenali
sebagai
Man Kidal
Kelahiran (1963-03-02) 2 Mac 1963 (umur 63)
Skudai, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
AsalMalaysia
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreHard rock, Glam metal, Rock kapak, Heavy metal
PekerjaanPemuzik, Penggubah lagu, Penerbit rakaman
Alat muzikGitar
Tahun aktif1979–kini
Kegiatan berkaitanLefthanded, Search
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Man Kidal (lahir Abdul Rahman Mahmood; 2 Mac 1963) ialah seorang pemuzik dan instrumentalis Malaysia. Gelaran Kidal diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Beliau yang dipengaruhi oleh Yngwie Malmsteen, Eric Clapton, Jimi Hendrix, Jeff Beck, Stevie Ray Vaughan, Johnny Winter, Jimmy Page, Joe Perry, Brian May, George Harrison, Hank Marvin, Dave Davies, Pete Townshend, Ritchie Blackmore, Tony Iommi, Manny Charlton, Bernie Leadon, Don Felder, Joe Walsh dan B. B. King. Beliau memulakan kerjayanya untuk menubuhkan kumpulan Lefthanded sebagai pemain gitar utama dan ketua utama kumpulan dan telah ditukarkan nama kepada The Lefthanded pada tahun 1983 hingga berkubur pada tahun 1984. Kemudian beliau telah menyertai kumpulan Down Wheels dan kumpulan ini mengaktifkan kembali menjadi Lefthanded sejak 1986.[1]

Kerjaya

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama dan ketua di dalam kumpulan tersebut. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak Mohd Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.

Diskografi

Lagu ciptaan

Man kidal juga berbakat di dalam mencipta lagu tetapi banyak disumbangkan kepada kumpulannya sendiri iaitu Lefthanded. Di antara lagu ciptaan Man kidal ialah :

  • Debunga Wangi - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Jabar Isnin)
  • Hadapilah Dengan Sabar - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Samad)
  • Lagenda Cinta - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded)
  • Lanun - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Jabar Isnin)
  • Kenangan Bersamamu - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Yan)
  • Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/S. Amin Shahab)
  • Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll - Lefthanded (Ramli Sarip & Man Kidal/Ramli Sarip)
  • Maya Persada - Lefthanded (Man Kidal/Ahmad Jaafar)
  • Perjalanan Cinta Abadi - Lefthanded (Ramli Sarip & Man Kidal/Ramli Sarip)

Pemuzik undangan

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Kembara Seniman Jalanan Pemuzik Pelakon undangan
1987 Rozana Cinta 87
2005 Rock Juri 2
2012 Chantek Gitaris

Konsert

  • Festival Rentak Asia, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
  • Konsert Live Istana Budaya Ramli Sarip
  • Konsert Tanpa Nash - April 24th, 2009
  • Konsert Tanpa Vokalis - April 21st, 2009
  • Konsert Jamal, Saleem Tiada Tandingan - April 23rd, 2008
  • Konsert Amal Kasih Cetuskan Pelbagai Perasaan - April 14th, 2008
  • Lefthanded Di Hard Rock - March 22nd, 2008
  • Koncert PWTC - August 21st, 2007

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Man Kidal impi konsert peribadi di Istana Budaya Sinar Harian (7 September 2019). Dicapai pada 1 Oktober 2019.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.