Amuk

Amuk (Jawi: اموق, turunan kata akar Bahasa Melayu-Polinesia Purba hamuk "menyerang"[1]) merujuk kepada tingkah laku seseorang yang, ketika dipengaruhi oleh perasaan yang kuat, memperoleh sebilah senjata dan memulakan serangan sembarangan, seringnya dengan pembunuhan berbilang. Sebagai contoh, perkataan ini boleh digunakan untuk memerihalkan Pembunuhan Beramai-ramai Politeknik Ecole. Pihak polis Amerika Syarikat memerihalkan perbuatan ini sebagai "pembunuhan beria-ia". 'Amuk' juga bermaksud "mudah tersinggung".
Sesetengah sumber telah mengenal pasti orang Melayu sebagai bangsa yang mempunyai kecenderungan untuk mengamuk dan oleh itu, menyebabkan amuk menjadi satu contoh sindrom budaya terikat, serta sesuatu yang cukup sinonim dengan bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia. Perkataan "amuk" merupakan salah sepatah perkataan yang telah dipinjam oleh bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, dan dieja sebagai amok.
Bagaimanapun, orang Melayu bukanlah bangsa yang tunggal untuk mengalami keadaan ini. Umpamanya, W. W. Skeat menulis dalam Ensiklopedia Britannica 1911: "Seorang Melayu akan tiba-tiba dan tanpa sebarang sebab meluru ke jalan raya dengan sebilah keris atau senjata yang lain, dan menebas sesiapa yang dia dapat bertemu sehingga membunuhnya." Pada suatu masa, kegila-gilaan ini dianggap sebagai satu kegilaan yang tiba-tiba. Bagaimanapun, amuk yang tipikal kini dipastikan sebagai akibat daripada keadaan seperti cemburu buta, atau hutang judi, yang menyebabkan seorang Melayu terdesak dan berasa letih. Sebenarnya, amuk ialah padanan orang Melayu untuk pembunuhan diri. Ensiklopedia Britannica menambah: "Amuk mungkin merupakan sesuatu tingkah laku yang memberikan setakat kawalan kepada si pengamuk, kerana kebiasaan ini telah mati di bawah pemerintahan British di semenanjung, mungkin disebabkan pesalah-pesalah tidak ingin ditangkap dan terpaksa menghadapi perbicaraan tanpa perikemanusiaan.
Pencerapan Skeat tentang bangsa Melayu tidaklah unik kerana mitos-mitos pengamuk dan sawai perang Zulu merupakan dua lagi contoh tentang kecendurungan untuk mengamuk. Ensiklopedia Webster 1911 mengulas:
- Walaupun perkataan "amuk" dikaitkan secara rapat dengan orang Melayu, terdapat setakat alasan untuk mempercayai bahawa perkataan ini berasal dari India, dan perbuatan ini bukan tidak dikenali dalam sejarah India. Beberapa kes yang terkenal telah terjadi di Rajput. Umpamanya pada tahun 1634, anak lelaki sulung Maharaja Jodhpur mengamuk di istana Shah Jahan, dan walaupun tergagal dalam serangan terhadap ayahnya, telah membunuh salah lima daripada pegawai-pegawai istana. Juga pada abad ke-18, dua orang utusan yang dihantar oleh ketua Jodhpur ke Hyderabad (Sind) untuk menyelesaikan satu perkelahian, menikam putera serta 26 orang pengiringnya sebelum ditewaskan dan dibunuh.
"Pendirian tentang Zanzibar" (Stand on Zanzibar), sebuah buku oleh John Brunner, memerihalkan sebuah masyarakat yang terlalu sesat sehingga kejadian-kejadian amuk menjadi sesuatu yang amat biasa dan yang menyebabkan setiap penduduk mempersenjatai diri, dengan akibat yang lebih teruk.
Lihat juga
- Naik gila
- Cú Chulainn
- Pembunuhan diri oleh polis
- Amuk: sebuah buku yang ditulis oleh Stefan Zweig pada tahun 1922
Rujukan
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*hamuk: attack, run amuck". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 17 November 2022.
Pautan luar
- Makalah Johannes Grenzfurthner: "Setiap Lima Saat, Sebuah Pencetak Inkjet Mati Di Sesuatu Tempat" membuat teori mengenai sejarah budaya 'Amuk'.
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.