Makmal

Makmal biologi umumnya mempunyai peralatan dan tindak balas kimia.

Makmal[1][2] (Jawi: معمل) atau laboratorium[3][4] merupakan tempat penyelidikan ilmiah melibatkan percubaan eksperimen, pengukuran ataupun latihan. Makmal biasanya digunakan untuk membolehkannya melakukan kegiatan-kegiatan tersebut secara terkawal. Makmal ilmiah biasanya dibezakan mengikut bidang ilmu yang dikhususkan tamsilnya makmal fizik, makmal kimia, makmal biologi, makmal komputer, dan makmal bahasa.

Peristilahan

Perkataan makmal dipinjamkan daripada perkataan مَعْمَلma`māl dalam bahasa Arab, ia merupakan kata nama tempat (اسم مكانism makān)[5] terbitan kata kerja َعَمِل`amila yang bermaksud "bekerja".[6]

Perkataan laboratorium yang dipakai di Indonesia[3][4] pula diserap daripada bahasa Latin[7] melalui bahasa Belanda; ia dijejak daripada labōrō yang bermaksud "saya bekerja".[8] Kitab Vortaro tahun 1923 memberi takrifan terawal laboratorium sebagai "tempat bikin pertjobahan atawa preksa dan pisahkan zatnja barang-barang".[7]

Teknik

Teknik di sini merujuk kepada turutan prosedur yang digunakan dalam bidang sains alam sekitar seperti kimia, biologi, fizik untuk melakukan percubaan, semuanya mengikuti kaedah saintifik. Sementara beberapa di antaranya melibatkan penggunaan peralatan yang kompleks dari peralatan-peralatan gelas dan bukan gelas hingga alat elektronik, dan peralatan lainnya yang memerlukan pasokan yang lebih spesifik atau lebih mahal.

Alatan dan kelengkapan

Terdapat berbagai-bagai kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh ahli-ahli sains semasa bekerja dalam makmal:

Peralatan klasik mencakup peralatan seperti penunu Bunsen dan mikroskop serta kelengkapan khusus seperti ruang pendingin operan, spektrofotometer dan kalorimeter.

Makmal kimia
Makmal biologi molekul + sains hayat

Alat-alat makmal umumnya digunakan untuk melakukan percubaan atau pengukuran dan mengumpulkan data. Peralatan yang lebih besar atau lebih canggih umumnya disebut alat saintifik. Alat-alat makmal saintifik semakin banyak dirancang dan digunakan bersama perkakasan sumber terbuka.[9][10]

Makmal fizik

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Kamus Dewan 2017, "makmal".
  2. ^ Kamus Besar Bahasa Indonesia 2016, "makmal".
  3. ^ a b Kamus Dewan 2017, "laboratorium".
  4. ^ a b Kamus Besar Bahasa Indonesia 2016, "laboratorium".
  5. ^ Makmur Haji Harun; Muhammad Bukhari Lubis (September 2015). Analisis Penggunaan Serapan Bahasa Arab Dalam Bahasa Indonesia dan Melayu sebagai Bahasa Komunikasi: Satu Kajian Awal. Tanjung Malim, Perak, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  6. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar. m/s. 257. ISBN 967-65-7321-3.
  7. ^ a b Kwik Khing Djoen (1923). "laboratorium (L), laboratory (E)" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 187.
  8. ^ Rujuk perbandingan dengan kognat bahasa Inggeris "laboratory" di Online Etymology Dictionary
  9. ^ Pearce, Joshua M. (Januari 2014). "Cut costs with open-source hardware". Nature. 505 (7485): 618–618. doi:10.1038/505618d.
  10. ^ Baden, Tom; Chagas, Andre Maia; Gage, Greg; Marzullo, Timothy; Prieto-Godino, Lucia L.; Euler, Thomas (20 March 2015). "Open Labware: 3-D Printing Your Own Lab Equipment". PLOS Biology. 13 (3): e1002086. doi:10.1371/journal.pbio.1002086.

Sumber-sumber

  • Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  • Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-6). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan Dasar dan Menengah Republik Indonesia. 2016.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.