Mackenzie Bowell
Sir Mackenzie Bowell, Majlis Penasihat Ratu bagi Kanada (Queen's Privy Council of Canada-PC), Anugerah St. Michael dan St. George (Order of St. Michael and St. George-KCMG) (/ˈboʊ.əl/; (27 Disember 1823 - 10 Disember 1917) merupakan orang Inggeris berkelahiran Kanada dan seorang ahli politik yang telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Kanada ke-5 dari 21 Disember 1894 hingga 27 April 1896. BiografiKehidupan awalBowell dilahirkan di Rickinghall, Suffolk, England dan merupakan anak kepada John Bowell dan Elizabeth Marshall. Pada 1832, keluarganya berpindah ke Belleville, Ontario, yang di mana Bowell menuntut ilmu pencetakan di syarikat akhbar bandar tersebut, The Belleville Intelligencer. Dia menjadi pencetak berjaya dan pengarang dengan akhbar tersebut, dan kemudiannya sebagai pemilik. Dia juga merupakan ahli Freemason[1] dan juga ahli menonjol Institute Oren (Orangeman), dan menjadi Grandmaster of the Orange Order bagi Amerika Utara British, 1870-1878. Pada 1847, beliau telah mengahwini Harriet Moore (1829-1884), dan mendapat empat anak lelaki dan lima anak perempuan. PolitikMackenzie Bowell pertama kali dipilih ke Dewan Rakyat pada 1867, sebagai ahli Konservatif, dan menuju ke Hastings Utara, Ontario. Beliau memegang kerusi ini sebagai Konservatif apabila mereka kalah dalam pilihanraya Januari 1874, akibat Skandal Pasifik. Akhir tahun yang sama dia menjadi orang penting bagi pemecatah Louis Riel dari Konservatif. Pada tahun 1878, apabila Parti Konservatif kembali memerintah, dia menyertai kabinet sebagai Menteri Kastam. Pada 1892, beliau menjadi Menteri Persenjataan dan Pertahanan. Sebagai seorang pentadbir yang cekap dan kuat berusaha, Bowell kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Perdagangan dan Perniagaan, portfolio yang baru, selepas dia menjadi Senator pada tahun yang sama. Lawatannya ke Australia pada tahun 1893 mendorong kepada persidangan koloni dan jajahan British yang pertama, yang diadakan di Ottawa pada tahun 1894. Dia menjadi Pemimpin Kerajaan di Senate pada 31 Oktober 1893. Perdana Menteri (1894 - 1896)Pada Disember 1894, Perdana Menteri Sir John Sparrow David Thompson telah meninggal dunia secara mengejut dan Bowell sebagai menteri Kabinet palig senior telah dilantai bagi menggantikan Thompson oleh Jeneral Governor. Dengan itu, Bowell menjadi Perdana Menteri Kanada yang kedua memegang jawatan tersebut ketika bertugas di Senat dan bukannya Dewan Rakyat (Yang pertama ialah John Abbott)
Kehidupan akhirBowell kekal dalam Senat, sebagai pemimpin parti sehingga tahun 1906, dan selepasnya sebagai senator biasa sehingga kematiannya. Bowell telah meninggal dunia akibat pneumonia di Belleville, hanya beberapa hari sebelum ulang tahun hari lahirnya ke-94, dan beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Belleville. Pengkebumiannya dihadiri oleh keseluruhan wakil penuh Pergerakan Orange (Orange Order), tetapi tidak oleh ahli atau bekas ahli kerajaan yang dilantik. Rujukan
|