MBROLA

MBROLA ialah sebuah algoritme untuk sintesis pertuturan, dan sebuah perisian yang diedarkan secara percuma dalam bentuk fail perduaan. Ia juga merupakan projek kerjasama seluruh dunia. Tapak sesawang MBROLA menyediakan pangkalan data difon buat sebilangan besar bahasa percakapan.

Perisian MBROLA bukan sistem teks-ke-pertuturan (TTS) buat bahasa-bahasa tersebut; teks perlu dijelmakan ke dalam maklumat fonem dan prosodi dalam format MBROLA. Perisian berasingan untuk melakukan ini ada disediakan tetapi tidak semua bahasa MBROLA memerlukan persediaan tambahan.

Mahupun berlandaskan difon, mutu sintesis MBROLA dianggap lebih baik daripada kebanyakan pensintesis difon kerana ia melakukan prapemprosesan difon dan mengenakan pic nalar dan fasa-fasa harmonik yang meningkatkan penjeraitan sambil hanya sedikit mengurangkan mutu segmen.

MBROLA ialah sebuah algoritme domain masa, sama seperti PSOLA; ini bermakna ia mengenakan beban pengkomputan amat rendah dalam waktu jalan. Berlainan dengan PSOLA, MBROLA tidak memerlukan penandaan tempoh pic. Ciri ini membolehkan pembangunan projek MBROLA di sekitar algoritme MBROLA, dan selanjutnya membolehkan banyak makmal penyelidikan pertuturan, syarikat dan individu di seluruh dunia untuk membekalkan pangkalan data difon buat banyak bahasa dan suara (bilangan suara merupakan rekod dunia buat sintesis pertuturan, mahupun terdapat lompang khususnya berkaitan dengan bahasa Cina).

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.