Kor

Kor (Corps) (/ˈkɔːr/ "core"; bentuk jamak dieja sama seperti singular tetapi disebut /ˈkɔːrz/ "cores"; dari Bahasa Perancis, dari bahasa Latin corpus "pasukan") ialah sebuah formasi tentera yang besar terdiri daripada dua atau lebih divisyen, atau sebuah perkumpulan pentadbiran tentera didalam angkatan tentera dengan fungsi yang sama, seperti Artileri atau Semboyan. Kor juga boleh merujuk kepada unit tertentu atau cabang perkhidmatan tertentu, seperti Kor Marin Amerika Syarikat, Kor Marin Diraja, Kor Kehormat Bersenjata, atau Kor Komisioner.
Istilah tentera kemudiannya diterima pakai bagi organisasi perkhidmatan awam dengan struktur pemerintahan separa tentera, organisasi perkhidmatan sukarelawan awam, seperti Kor Keamanan, pelbagai kor ambulans, beberapa NGO (Pertubuhan bukan kerajaan), dan organisasi sukarelawan sivik yang lain. Oleh kerana penggunaan istilah ini, ia juga telah berkembang ke beberapa organisasi sivik atau sukarelawan lain yang kekurangan struktur separa tentera.
Formasi tentera
Dalam kebanyakkan tentera darat medan, kor ialah sebuah formasi tempur yang mengandungi dua atau lebih divisyen, dan biasanya diperintah oleh seorang Leftenan Jeneral. Semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II, disebabkan skala pertempuran yang besar, kor pelbagai telah digabungkan kedalam tentera darat yang kemudian dibentuk kedalam Kumpulan tentera darat. Dalam tentera Barat yang mempunyai kor bernombor, nombor sering ditunjukkan dalam Angka Rumi (sebagai contoh, Kor VII).
Lihat juga
- Salvation Army
- Organisasi tentera
- Kor Marin Amerika Syarikat
- Senerai kor tentera
- Kor Risik Diraja
- Kor Keamanan
- Kor Armor Diraja
- Kor Jurutera Amerika Syarikat
- Kor Ambulans
- Kor Agama Angkatan Tentera
- Kor Ordnans Diraja
- Kor Kesihatan Diraja
- Kor Polis Tentera Diraja
- Kor Perkhidmatan Am
- Kor Semboyan
Rujukan
- Phisterer, Frederick, Statistical Record of the Armies of the United States, Castle Books, 1883, ISBN 0-7858-1585-6.
- Tsouras, P.G. Changing Orders: The evolution of the World's Armies, 1945 to the Present Facts On File, Inc, 1994. ISBN 0-8160-3122-3
- Warsaw Pact June 1989 OOB Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.