Kompeni

Simbol standard NATO bagi sebuah kompeni infantri.

Kompeni (bahasa Inggeris: company) ialah satu unit dalam pasukan tentera, umpamanya dalam Tentera Darat Malaysia.

Kompeni dipecahkan menjadi 3 ataupun 4 platun. Sebaliknya, 3 ataupun 4 Kompeni digabungkan menjadi satu batalion.

Organisasi

Lazimnya, satu kompeni dianggotai oleh 110 hingga 200 orang anggota, tertakluk kepada peranan dan penyusunan serta kelengkapan kompeni tersebut disusun. Bilangan anggota berubah mengikut tugasan dan formasi tentera yang terlibat. Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang Mejar, dan kadangkala oleh seorang Kapten.

Kompeni biasanya diberikan nama mengikut huruf abjad, iaitu kompeni “A”, Kompeni “B”, Kompeni “C” dan sebagainya. Lazimnya, anggota tentera mengunakan huruf fonetik, menjadikan panggilan Kompeni “Alpha”, Kompeni “Bravo”, Kompeni “Charlie” dan sebaginya.

Tentera Darat Malaysia

Dalam Tentera Darat Malaysia, Batalion-Batalion Infantri mempunyai 3 kompeni infantri dan disokong oleh sebuah Kompeni Markas dan sebuah Kompeni Bantuan. Setiap Kompeni mempunyai 3 Platun dan disokong oleh satu elemen Kompeni Markas (Perintah). Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang Mejar ataupun Kapten. Kompeni Markas juga mempunyai Sarjan Mejar Kompeni untuk membantu Ketua Kompeni dalam urusan pentadbiran.

Kompeni Bantuan dilengkapkan dengan peralatan senjata yang lebih berat seperti mesingan, mortar dan penangkis kereta kebal. Kompeni Bantuan juga mempunyai anggota-anggota dengan kepakaran tertentu seperti peninjau, penembak tepat dan perisik medan.

Batalion infantri biasanya diberikan nama mengikut huruf abjad, iaitu kompeni “A”, Kompeni “B”, Kompeni “C” dan sebagainya. Lazimnya, anggota tentera menggunakan huruf fonetik, menjadikan panggilan Kompeni “Alpha”, Kompeni “Bravo”, Kompeni “Charlie” dan sebagainya.

Tetapi, unit-unit lain seperti Kor Polis Tentera Diraja, Kor Kesihatan Diraja, Kor Risik Diraja serta Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja menggunakan nombor untuk menamakan kompeni mereka, umpamanya 12 Kompeni Medan Perubatan (Askar Wataniah), 12 Kompeni Polis Tentera dan 1 Kompeni Woksyop. Kor Armor Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Semboyan Diraja menggunakan panggilan Skuadron untuk kumpulan unit bersaiz kompeni. Rejimen Semboyan DiRaja dan Rejimen Askar Jurutera DiRaja menggunakan nombor untuk menamakan skuadron mereka seperti 2 Skuadron Semboyan ataupun 24 Skuadron Jurutera. Kor Armor menamakan skuadron mereka menggunakan abjad, sepertimana battalion infantri.

Pasukan Artileri menggunakan nama Bateri untuk unit mereka dengan saiz yang sama. Bateri artileri dinamakan mengikut huruf abjad, dan kekuatan kompeni berkisar kepada bilangan dan jenis meriam yang dilengkapkan.

Tentera Darat British

Tentera Darat British menyusun kompeni mereka sepertimana disusun oleh Tentera Darat Malaysia. Kompeni di dalam Tentera Darat British biasanya diperintah oleh Mejar, dengan seorang Kapten sebagai Penolong Pegawai Memerintah, dan dibantu oleh dua orang Pegawai Tanpa Tauliah Kanan iaitu Sarjan Mejar Kompeni dan Kuartermaster Sarjan kompeni.

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.