Kalung

Kalung atau rantai leher ialah barang perhiasan (biasanya daripada emas, manik dan lain-lain) yang disangkutkan pada leher.[1] Kalung selalunya dibuat daripada rantai perhiasan besi. Ada juga yang dibuat daripada kayu, kain menggunakan benang ataupun tali pintal.

Ciri-ciri biasa bagi kalung termasuk ciri-ciri seperti batu berwarna (terutamanya batu permata / perhiasan), kayu (biasanya ukiran atau disepuh), seni kaca, pelepah, cengkerang, manik atau karang - pelbagai jenis hiasan lain turut digunakan. Sekiranya kalung termasuk ciri utama tergantung, ia dikenali sebagai lokek (termasuk yang memiliki bekas).
Jenis kalung
Kalung yang berlapis-lapis dikenali sebagai "kalung pengantin" atau kalung pelerang".
Kalung rantai papan terdiri dari kepingan-kepingan pipih berbentuk potongan anting-anting, yang bersambung dengan beberapa utas rantai dari sekeping ke sekeping.
Sejarah kalung
Kalung telah menjadi sebahagian penting hiasan sejak kebudayaan silam dan lebih awal dari penciptaan tulisan.
Kelahiran kalung dipercayai seawal Zaman Batu, yang sekitar 40,000 tahun lalu. Kalung tertua diperbuat dari bahan semula jadi sepenuhnya - sebelum anyaman dan ciptaan benang, urat tumbuhan atau haiwan sisa pemburuan diikat bersama dan dihias dengan cengkerang, tulang atau gigi atau kulit haiwan buruan berwarna-warni, pelepah burung, karang, kayu berukir, biji benih berwarna atau batu atau permata semula jadi, atau unsur semuajadi berseni yang terdapat dipersekitaran.
Penghasilan pakaian dan kerja logam meluaskan jenis perhiasan ang terdapat bagi manusia. Tali pintal dan benang membolehkan pembangunan kalung yang lebih kecil, tahan, dan lebih halus. Selepas Zaman Gangsa bermula dan manusia menjumpai cara mecairkan ligam dan membentuknya menggunakan acuan, gangsa, tembaga, perak, emas, elektrum, platinum dan pelbagai jenis logam digunakan bagi menghasilkan kalung yang menarik perhatian bagi lelaki dan perempuan, dan rantai logam kini boleh dihasilkan. Pemotongan permata dan peniupan kaca membenarkan batu permata bersegi dan disepuh dan/atau kaca seni yang cantik ditambahkan kepada kalung.
Pada era zaman moden, pelbagai jenis logam baru tersedia bagi menghasilkan kalung yang generasi sebelumnya tidak mampu mencairkannya sehingga mangkuk pijar suhu tinggi dan penunu bagas ("blowtorch") dibangunkan, seperti keluli tahan karat dan titanium; elektropenyaduran telah membolehkan permilikan umum hiasan emas (atau sekurang-kurangnya emas salut). Peminiaturan dan ukiran laser membolehkan penghasilan hasil seni perincian halus, atau mohor, atau seni khat lain, dalam unsur kalung individu.
Jenis kalung


Rujukan
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.