Jerteh
Jerteh | |
|---|---|
Pekan | |
| Bandar Jerteh | |
![]() Peta interaktif bagi Jerteh | |
| Koordinat: 5°44′12″U 102°29′43″T / 5.736698°U 102.495407°T | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | |
| Poskod | 22000 |
Jerteh ialah sebuah pekan di daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Jerteh bersempadan dengan jajahan Pasir Puteh, Kelantan di bahagian utara dan bersempadan dengan daerah Setiu, Terengganu di bahagian selatan. Majoriti penduduk di Jerteh merupakan masyarakat Melayu Kelantan yang tinggal dan menetap di sana kerana lokasinya berhampiran Gong Datok serta Semerak dalam Jajahan Pasir Puteh.
Asal usul nama
Jerteh dahulu kala merupakan sebuah pengkalan bagi Kelantan yang disebut Aji Teh. Nama Jerteh dipercayai berasal dari kata Aji Teh itu sendiri yang lama kelamaan berubah menjadi Jerteh mengikut dialek Kelantan. Nama Jerteh juga kadangkala dieja sebagai Jertih oleh sesetengah pihak. Penamaan Jertih mungkin disalah tafsir daripada tulisan jawi namun Kerteh, Kemaman tidak pernah disalah eja menjadi Kertih. Begitu juga dengan Pasir Puteh, Kelantan yang kadangkala dieja salah sebagai Pasir Putih.
Politik
DUN Jertih (N03) ialah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu dan di bawah Parlimen Besut (P33). Sejak Pilihan Raya Negeri Terengganu 2023 ahli DUN Jertih ialah Dr. Riduan Mohd Nor dari PAS.[1]
Pelancongan
Ia menjadi tumpuan penduduk pada hari Khamis kerana terdapat pasar tani di bandar tersebut. Bandar ini juga telah menjadi destinasi persinggahan pelancong yang ingin mengunjungi Lata Tembakah iaitu lebih kurang 21 kilometer menuju ke Hulu Besut dan Air Panas La (La Hot Spring) yang terletak di Kampong La.
Ikon Jertih, Rosma Muhammad berusaha keras memberikan impak baik kepada perusahaan kedai makan. Memperkenalkan “Mee Jebok” sebagai salah satu tarikan kesana.
Lata tembakah yang merupakan salah satu destinasi pelancongan selain Air Terjun Sekayu yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Dalam Daerah Besut khususnya Hulu Besut itulah terdapat 2 tempat yang kini ramai dikunjungi para pelancong dari dalam negara dan Singapura.
Agama
Tempat beribadat
Di Jertih terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Hadhari. Sebuah lagi masjid yang menjadi tumpuan mereka yang hadir ke Bandar Jertih ialah Masjid Ulul Albab. Masjid Ulul Albab turut dikenali sebagai Masjid Kayu. Berkonsepkan binaan kayu tradisional, Masjid Ulul Albab tersergam indah di kawasan Seberang Jertih. Kedua-dua masjid ini juga dilengkapi dengan kelebihan digital di mana orang ramai boleh menderma secara digital melalui platfom Sujood.
Rujukan
- ^ "N3 Jertih". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2018.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
