Jaring

Jaring atau 'Jaring Communications Sdn Bhd' adalah pembekal Internet pertama di Malaysia kini dibubarkan dan diletakkan di bawah penjagaan seorang pembubar selepas arahan mahkamah pada Khamis 23 April 2015.

Jaring dibina pada 1986 di bawah nama RangKoM, yang kemudiannya dilancarkan dengan nama Jaring pada 1992, dibiarkan merosot sehingga kini. Ia merupakan subsidiari Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 2007.

Pengasas Jaring di Malaysia

Tokoh yang memainkan peranan penting dalam membawa perintis Internet di Malaysia 30 tahun ialah Dr Mohamad Awang Lah.Beliau adalah bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Jaring . Beliau bersara pada tahun 2010. Selepas bersara, jawatan Mohamed diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO baharu bermula 1 Mac 2011.

Semasa memegang jawatan CEO, Mohamed dikenali sebagai penyokong sistem terbuka untuk jaringan jalur lebar.

The Edge melaporkan pada 2008 pendirian Dr Mohamad Awang Lah bagi pemilikan jaringan tersebut adalah berasingan dengan pendirian pembekal perkhidmatan tersebut. Mohamed juga merupakan naib presiden kanan Mimos Berhad dan bertanggungjawab mennguruskan Jaring dan menyelia operasi penyelidikan dan pembangunan di dalam Mimos.

Dr Mohamad memulakan kariernya sebagai seorang jurutera di Lembaga Letrik Negara (LLN) pada tahun 1976 dan merupakan tutor di Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya dan merupakan Timbalan Dekan fakulti sejak 1983.

Beliau memperoleh ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang elektronik dan kejuruteraan elektrik dari King’s College, University of London pada 1976 dan mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam Elektronik dan Kejuruteraan Elektrik dari universiti yang sama pada tahun 1980.

Ambil alih

Pada Ogos 2014, Jaring dilaporkan diambil alih Utusan Printcorp dengan harga lebih RM100 juta. Kemudian pada Oktober 2014, The Malaysian Insider melaporkan 70 pekerja Utusan Printcorp mengadakan protes menuntut gaji mereka yang tidak berbayar selama 3 bulan. Pekerja Jaring juga antara mereka yang dilaporkan tertunggak caruman KWSP mereka sejak Ogos 2014.

Jaring juga antara 3 kontraktor yang menerima bayaran penuh RM88.13 juta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi projek jalur lebar yang tidak lengkap di Sabah dan Sarawak, menurut beberapa siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2014, seperti dilaporkan News Straits Times Online.

[1]

Rujukan

  1. ^ "Perkhidmatan Internet pertama Malaysia, Jaring dibubarkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-28. Dicapai pada 2015-04-26.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.