Altel
| Jenis/bentuk sah | Khidmat telekomunikasi mudah alih |
|---|---|
| Ditubuhkan | 26 Mac 2012 |
| Dibubarkan | 31 November 2022 |
| Nasib | Digabungkan dengan CelcomDigi |
| Pengganti | CelcomDigi |
| Ibu pejabat | Malaysia |
| Pemilik | Albukhary Group |
| Tapak web | www.altel.my |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Altel Communications Sdn. Bhd. (didaftarkan sebagai Altel) ialah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia. Ia memulakan operasinya pada Julai 2012. Syarikat ini dimiliki oleh Albukhary Group.[1]
Penamatan perkhidmatan Prabayar Altel
Pada 4 Oktober 2022, Altel mengumumkan perkhidmatan prabayar Altel akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2022.[2][3] Penamatan perkhidmatan prabayar ini dilakukan susualn penstrukturan semula aktiviti perniagaan Kumpulan Syarikat Altel. Pengguna Altel mempunyai pilihan untuk menyambung perkhidmatan:
- Berpindah ke rangkaian hos, Celcom dan memohon bayaran balik baki kredit (bermula 4 Oktober 2022 - 30 November 2022),
- Menamatkan perkhidmatan Altel dan memohon bayaran balik baki kredit (bermula 4 Oktober 2022 - 30 November 2022),
- Berpindah ke rangkaian lain selain Celcom (sehingga 15 November), tidak layak mendapat bayaran balik baki kredit seperti yang termaktub dalam terma dan syarat Mobile Number Portability (MNP),
- Bagi pelanggan yang tidak membuat sebarang pilihan, nombor Altel mereka akan dipindahkan secara automatik ke rangkaian Celcom (bermula 1 Disember), tidak layak mendapat bayaran balik baki kredit.
Bagi pengguna yang ingin menamatkan terus perkhidmatan Altel tanpa memohon bayaran balik baki kredit disaran untuk menghubungi Khidmat Pelanggan Altel sebelum 30 November 2022.
Rujukan
- ^ (Inggeris) Kugan (01 Ogos 2013). "Latest Mobile Operator in Town is Altel". Malaysian Wireless. Dicapai pada 21 November 2017. Check date values in:
|date=(bantuan) - ^ https://amanz.my/2022359901/
- ^ https://www.altel.my/prepaiddiscontinuation/?l=2
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
