Gerik

Gerik
ڬريق
Bandar dan ibu daerah
Transkripsi lain
 • Cina宜力
Yí lì (Pinyin)
 • Tamilகிரிக்
Kirik (Transliterasi)
Gerik ڬريق yang terletak di Malaysia
Gerik ڬريق
Gerik
ڬريق
Kedudukan Grik
Koordinat: 5°25′U 101°08′T / 5.417°U 101.133°T / 5.417; 101.133
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahHulu Perak
Kerajaan
 • TypeKerajaan tempatan
 • BodyMajlis Daerah Grik
 • Yang Di PertuaMohd Zairasyahli Shah Zakaria
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Malaysia)
Tapak sesawanghttps://www.gerik.gov.my/
Majlis Daerah Gerik
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Jenis
Jenis
Majlis Perbandaran bagi Gerik
Sejarah
Diasaskan1 Disember 1979
Kepimpinan
Yang Dipertua
Mohd Zairasyahli Shah Zakaria
Kumpulan politik
Kaunsilor:
  •      DAP (6)
  •      PKR (3)
  •      Amanah (1)
  •      UMNO (4)
  •      Jawatan kosong (11)
Moto
Menuju Era Gemilang
Tempat persidangan
Jalan Haji Meor Yahaya, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
www.gerik.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gerik atau Grik (Jawi: ڬريق) di Daerah Hulu Perak, Perak, Malaysia merupakan bandar yang terletak di tengah lembah di antara Banjaran Bintang dan Titiwangsa. Digelar Bandar Persinggahan oleh kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah jajaran Lebuhraya Timur-Barat, yang merupakan salah satu laluan utama ke negeri-negeri pantai timur. Gerik juga adalah gerbang barat ke Taman Negeri Royal Belum. Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, serta kawasan-kawasan perumahan baru seperti Bandariang telah diwujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Pulau Pinang, Butterworth, Kedah dan Kota Bharu.

Sejarah

Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, sejarah kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Mengikut Enakmen Akta Undang-undang (Hukum) Islam disertakan Falsafah Kedoktoran. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh (Orang Upahan) Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Raja Reman antara orang upahan di dalam sektor perkhidmatan dan pengilangan. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Asal-usul nama

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (sejenis haiwan seakan-akan cowny yang dipanggil turkey atau tikus) sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

Gerik Kini

Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, serta kawasan-kawasan perumahan baru seperti Bandariang telah diwujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Pulau Pinang, Butterworth, Kedah dan Kota Bharu.

Wakil rakyat

Parlimen Malaysia

Dewan Undangan Negeri Perak

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.