Bercham

04°38′U 101°07′T / 4.633°U 101.117°T / 4.633; 101.117 Pekan Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur.

Pekan Bercham terletak berhampiran dengan Ipoh, pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.

Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco,Tesco Extra (dulu dikenali sebagai Makro), Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini.

Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.

Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina. Setelah terbinanya kawasan perumahan, orang Melayu dan India juga menghuni di sini.

Ekonomi penduduk di sini ialah perniagaan dan perindustrian. Hampir 99 % rumah kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Ini dapat dikenalpasti dari nama-nama Cina dan tulisan Cina.

Sejarah

Bercham yang ada pada hari ini terletak di antara apa yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Tanjung Rangkong dan Kampung Kuala Tekan, dua penempatan Melayu kuno di Kinta yang menyaksikan kewujudan bekas Panglima Kinta Zainal Abidin, yang mempunyai dusun dan sawah padi sekitar kawasan itu. Seorang hartawan perlombongan misteri yang berselindung di sebalik nama samaran Kulup Lembang (terkenal di Tambun) juga mempunyai beberapa hartanah perlombongan di kawasan berdekatan.[1]

Rujukan

  1. ^ SAS, second great-grandson of Kulup Lembang

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.