Felda Chiku 02

Sejarah Umum Felda Chiku 02

Felda Chiku 02 merupakan sebuah penempatan peneroka yang terletak di Jajahan Gua Musang, Kelantan. Di tengah-tengah kawasan penempatan peneroka ini terdapat sebuah gua yang dipanggil Gua Chiku 2. Perkampungan ini juga terletak bersebelahan laluan utama Kuala Lumpur-Kota Bharu atau lebih dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.

Seluruh perkampungan Felda Chiku 2 telah dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam mulai bulan Mei 1996 serta kemudahan telefon. Semua jalan di kawasan kampung sepanjang 9.770 km telah diturap. Penamaan jalan kampung menggunakan nama pahlawan-pahlawan Melayu yang sesuai dengan kedudukan dan darjatnya. Antara nama-nama jalan itu ialah Jalan Mat Kilau, Jalan Tok Janggut, Jalan Datok Bahaman dan lain-lain lagi nama-nama pahlawan yang digeruni oleh penjajah suatu masa dahulu. Bekalan air bersih telah disalurkan ke keseluruhan kawasan perkampungan ini oleh Kelantan Water Sdn. Bhd.

Felda Chiku 2 terletak dalam gugusan Felda Chiku termasuk Felda Perasu dan Felda Aring dalam Parlimen Gua Musang dan Dewan Undangan Negeri Paloh. Ahli Parlimen bagi kawasan ini ialah Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah dan ADUNnya pula ialah Dato’ Nozula Mat Diah.

Visi :

FELDA sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

Misi :

Meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui:

  • Penghasilan kebun yang tinggi.
  • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden.
  • Meningkatkan potensi dan kualiti modal insan.
  • Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti.
  • Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi.
  • Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia.
  • Memupuk budaya kecemerlangan.

5 Teras FELDA :

  • Komuniti FELDA menjadi komuniti contoh luar bandar.
  • Warga peneroka menjadi golongan berpendapatan pertengahan.
  • FELDA menjadi pelaku global.
  • Membangunkan potensi generasi baru.
  • Memperkukuhkan budaya FELDA sebagai institusi.

Sumber:

  1. Sejarah Zaman Koboiku~Krol Bakri
  2. Misi, Visi & 5 Teras Felda ~ Laman Web Rasmi Felda (www.felda.net.my)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.