Chong Eng

Chong Eng
章瑛
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Padang Lalang
Dalam jawatan
2013 – 28 Jun 2023
Didahului olehTan Cheong Heng
Ketua Wanita Pakatan Harapan
Dalam jawatan
18 Mac 2021 – 12 September 2021
TimbalanRaj Munni Sabu
Didahului olehZuraida Kamaruddin
Digantikan olehRaj Munni Sabu
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P45 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Dalam jawatan
1999 – 9 Mei 2018
Didahului olehTan Chong Keng
Digantikan olehSteven Sim
Majoriti5,767
Maklumat peribadi
Lahir (1957-07-06) 6 Julai 1957 (umur 69)
Bentong, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik PH-DAP
PasanganGunabalan Krishnasamy
Anak2
PekerjaanADUN

Dato' Seri Chong Eng (Bahasa Cina: 章瑛; pinyin: Zhāng Yīng; lahir 6 Julai 1957) merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau kini menjadi ADUN untuk Padang Lalang, Pulau Pinang dan Exco dalam kerajaan Pulau Pinang. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia untuk Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang beliau memenangi sejak tahun 1999 dan diadakan sehingga 2013. Beliau juga berkhidmat di Pusat Krisis Wanita dan Perkhidmatan AIDS Masyarakat Pulau Pinang.[1] Beliau juga memegang keahlian timbalan ketua untuk Kaukus Parlimen Wanita dan duduk sebagai anggota Jawatankuasa Tetap.[2] Chong Eng kini menjadi pengerusi DAP Wanita, sayap wanita DAP. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti.[1]

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Gunabalan Krishnasamy yang merupakan seorang artis. Pasangan ini mempunyai dua anak lelaki,[1] yang kini masih bersekolah. Salah satunya ialah mengkaji kejuruteraan di sebuah kolej tempatan, manakala yang satu lagi di sekolah rendah jenis Cina.

Kehidupan peribadi dan pendidikan

Beliau dilahirkan di sebuah perkampungan baru di Pahang dari keluarga 10 adik-beradik. Beliau memulakan pendidikan rendah di sekolah rendah Cina sahaja di kampung itu. Beliau juga merupakan gadis pertama dari kampung untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan, iaitu Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia (UPM)). Beliau akhirnya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengajian Pembangunan Manusia dari UPM. Sekarang, dia menulis secara teratur dalam akhbar Cina tempatan dan telah menerbitkan tiga buah buku.[1]

Kerjaya politik

Pada tahun 1995, Chong Eng telah bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang dan telah berjaya dipilih sebagai wakil rakyat Batu Lanchang. Beliau merupakan wakil rakyat wanita pertama dari DAP dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Dalam tempoh tersebut, Chong Eng juga merupakan wakil rakyat Pembangkang tunggal dalam Dewan Negeri.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ong Tang Chuan dengan majoriti sebanyak 5,767 undi. Beliau memperolehi 27,817 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 22,050 undi. Beliau mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya sejak 1999.

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[3][4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 N27 Batu Lancang Chong Eng (DAP) 7,570 49.72% Lee Boon Ten (Gerakan) 7,508 49.31% 15,449 62 76.48%
Tan Ban Yew (PBS) 148 0.97%
1999 N13 Berapit Chong Eng (DAP) 5,826 40.90% Lau Chiek Tuan (MCA) 8,420 59.10% 14,549 2,594 77.60%
2004 N16 Perai Chong Eng (DAP) 4,477 46.94% Rajapathy Kuppusamy (MIC) 5,060 53.06% 9,748 583 70.57%
2013 N15 Padang Lalang Chong Eng (DAP) 18,657 83.22% Tan Teik Cheng (MCA) 3,727 16.62% 22,585 14,930 87.43%
2018 Chong Eng (DAP) 20,764 88.70% Kuan Hin Yeep (MCA) 2,400 10.20% 23,694 18,364 84.70%
Lai Yean Nee (PRM) 154 0.70%
Liew Ee Jin (PFP) 101 0.40%
Parlimen Malaysia[5]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 P045 Bukit Mertajam Chong Eng (DAP) 26,874 52.84% Tan Chong Keng (MCA) 23,937 47.06% 51,967 2,937 78.02%
2004 Chong Eng (DAP) 26,215 59.18% Ma Kok Ben (MCA) 17,651 39.85% 45,442 8,564 77.37%
2008 Chong Eng (DAP) 27,817 55.75% Ong Tang Chuan (MCA) 22,050 44.20% 50,823 5,767 79.31%

Anugerah

Rujukan

  1. ^ a b c d "About Chong Eng". Chong Eng blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2008. Dicapai pada 16 August 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Chong Eng (Bukit Mertajam)". The Nut Graph. Dicapai pada 16 August 2010.
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 27 May 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 May 2013.[pautan mati kekal] Percentage figures based on total turnout.
  5. ^ "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013.[pautan mati kekal] Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.