Baladna

Baladna Food Industries (Baladna) merupakan syarikat pertanian Qatar yang memelihara lembu serta menghasilkan produk-produk tenusu, dan ia merupakan pengeluar tenusu dan makanan terbesar milik Qatar, membekalkan lebih 95 peratus daripada keperluan produk tenusu segar negara.[1] Ladang tenusu itu diwujudkan secara besar-besaran selepas sekatan ekonomi dikenakan terhadap Qatar oleh Arab Saudi dan beberapa negara lain pada 2017.[2]

Pada 10 Oktober 2019, Baladna Food Industries dan Felcra Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kuala Lumpur, yang disasar bagi penubuhan ladang tenusu terbesar Malaysia dalam tempoh dua tahun, selaras dengan Dasar Keselamatan Makanan Nasional negara. Pengerusi Felcra Mohammad Nageeb Abdul Wahab dilaporkan berkata di bawah kolaborasi itu, dua syarikat berkenaan menyasarkan pengeluaran 50 juta liter susu menjelang tahun 2021, di samping telah mengenal pasti lima lokasi di zon utara dan tengah negara, serta di Sabah dan Sarawak bagi tujuan itu. Di bawah MoU itu Felcra akan menyediakan tanah, manakala Baladna akan membekalkan teknologi di samping ternakan.[1]

Pada 13 Dismember 2019, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad melawat Baladna. Dalam lawatannya kira-kira dua jam, beliau diberi taklimat oleh Anggota Lembaga dan Pengarah Urusan Baladna, Ramez Al-Khayyat, serta dibawa melawat operasi syarikat itu.[1]

Rujukan

  1. ^ a b c BERNAMA (2019-12-13). "Tun Mahathir lawat syarikat tenusu Qatar". Sinar Harian.
  2. ^ Hussin, Daripada Anwar (2019-12-13). "PM lawat ladang tenusu terbesar di Asia Barat". Berita Harian.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.