BTS

BTS (Korea방탄소년단; Hanja防彈少年團; RRBangtan Sonyeondan, "Pemuda Kalis Peluru") juga dikenali sebagai Bangtan Boys, ialah kumpulan vokal lelaki Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Hybe Corporation. Nama kumpulan ini ialah singkatan bagi Beyond The Scene dan mula diguna pakai pada Julai 2017. Pada 12 Jun 2013, mereka menyampaikan lagu pertama mereka berjudul "No More Dream" dari album awal mereka iaitu 2 Cool 4 Skool[1] yang mempromosikan penampilan sulung mereka pada 13 Jun 2013.[2] Mereka memenangi anugerah New Artist of the Year meneruai lagu "No More Dream", termasuk di Anugerah Muzik Melon dan Golden Disc Awards 2013 dan Anugerah Seoul 2014. Mereka menarik perhatian dengan album Dark & Wild (2014), The Most Beautiful Moment in Life, Part 2 (2015) dan The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever (2016), dengan dua album terakhir ini memasuki carta Billboard 200 AS.[3] The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever memenangi anugerah Album of the Year di Melon Music Awards 2016.[4] Sehingga sekarang, BTS dikenali di seluruh dunia. Kesemua ahli kumpulan hensem nak mampuih kami feveret. Relax la, artis je lagi 40 tahun dah tak hensem pon.

Penamaan

Nama kumpulan ini hasil singkatan dari ungkapan bahasa Korea Bangtan Sonyeondan (Korea방탄소년단; Hanja防彈少年), secara harfiah bermaksud "Pemuda Pandu Kalis Peluru" (Bulletproof Boy Scouts). Nama itu dipilih dengan pemikiran bahawa imej diaturkan kumpulan BTS akan menyekat stereotaip, kritikan, dan harapan yang mensasarkan remaja seperti peluru dan melindungi nilai-nilai dan cita-cita remaja pada masa ini.[5] Di Jepun, mereka dikenal sebagai Bōdan Shōnendan (防弾少年団), yang diterjemahkan sama.[6] Pada Julai 2017, BTS ditambahkan sebagai tambahan dari Bangtan Sonyeondan atau Bulletproof Boy Scouts, nama ini juga merupakan singkatan dari "Beyond the Scene" sebagai sebahagian daripada identiti baru mereka.[7] Tambahan nama mereka bermaksud "BTS merupakan orang muda yang berkembang yang melampaui realiti yang mereka hadapi, dan maju."[8]

Ahli BTS

Nama ahli Pengenalan ringkas
RM
(알엠)
  • Nama penuh: Kim Nam-Joon (김남준)
  • Tarikh lahir : (1994-09-12) 12 September 1994 (umur 31)
  • Tempat lahir : Korea SelatanIlsan,Gyeonggi,Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi rap utama, ketua kumpulan
  • Nama lain sebagai Rap Monster (RM)
Jin
(진)
  • Nama penuh : Kim Seok-jin (김석진)
  • Tarikh lahir : (1992-12-04) 4 Disember 1992 (umur 33)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Gwacheon, Gyeonggi, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal, visual
  • Dikenali : "worldwide handsome", "prince jin"
  • Telah melakukan military wajibnya sejak 13 December 2022
Suga
(슈가)
  • Nama penuh : Min Yoon-gi (민윤기)
  • Tarikh lahir : (1993-03-09) 9 Mac 1993 (umur 33)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Daerah Utara, Daegu, Korea Selatan
  • Peranan :Penyanyi rap (ketua), Agust D (solo)
  • Hebat dalam permainan bola keranjang
J-Hope
(제이홉)
  • Nama penuh : Jung Ho-seok (정호석)
  • Tarikh lahir : (1994-02-18) 18 Februari 1994 (umur 32)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Gwangju, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi rap, penari utama (ketua)
  • Dikenali sebagai "hope world"
Jimin
(지민)
  • Nama penuh : Park Ji-min (박지민)
  • Tarikh lahir : (1995-10-13) 13 Oktober 1995 (umur 30)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Busan, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal (utama), ahli Dance Line
V
(뷔)
  • Nama penuh : Kim Tae-hyung (김태형)
  • Tarikh lahir : (1995-12-30) 30 Disember 1995 (umur 30)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Daegu, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal, penari, visual, pelakon (Hwarang: The Poet Warrior Youth)
Jungkook
(정국)
  • Nama penuh : Jeon Jung-kook (전정국)
  • Tarikh lahir : (1997-09-01) 1 September 1997 (umur 28)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Busan, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal utama, penari utama, penyanyi rap, ahli termuda (maknae)/ Center/ Face of The Group

Diskografi

Senarai album dan single BTS

Diskografi Korea

Album studio
Album mini

Diskografi Jepun

Album
Album lain
  • 2014: 2 COOL 4 SKOOL / O!RUL8,2?

Filemografi

Rancangan realiti

  • Raja Rookie: Channel Bangtan (신인왕: 채널 방탄) (SBS MTV)[9]
  • American Hustle Life (Mnet)
  • BTS GO! (Mnet Amerika)[10]
  • BTS RUN (Vlive)
  • Bon Voyage Season 1
  • Bon Voyage Season 2
  • Bon Voyage Season 3
  • Bon Voyage Season 4
  • Bangtan Bomb
  • Summer Packages

Penglibatan lain

Promosi

Artikel utama: Impak kebudayaan oleh BTS & Promosi

BTS mula bekerjasama dengan Puma pada tahun 2015, pada mulanya sebagai duta jenama Puma Korea sebelum diperluaskan menjadi duta jenama global pada tahun 2018. Mereka turut mempromosikan koleksi terbaru Puma, “Turin dan “Sportstyle” di seluruh dunia.[11][12][13] Pada tahun 2019, BTS menandatangani kontrak bersama Fila untuk mengiklankan pakaian sukannya.[14] BTS juga pernah berkhidmat sebagai duta jenama global bagi telefon pintar LG Electronics[15] serta kenderaan utiliti sukan (SUV) utama Hyundai Motors pada tahun 2019, Hyundai Palisade[16], dan SUV elektrik sel bahan api, Hyundai Nexo.[17] BTS turut menjadi duta global bagi siri perlumbaan jalanan elektrik Formula E untuk mempromosikan bagaimana kenderaan elektrik dapat membantu menangani perubahan iklim.[18] Pada tahun 2020, BTS bekerjasama dengan Samsung Electronics[19] dengan melancarkan versi edisi terhad bertemakan BTS bagi Galaxy S20+ dan Galaxy Buds+.[20] Sebagai kumpulan pop lelaki pertama yang pernah bekerjasama dengan Dior, BTS mengenakan pakaian daripada koleksi Pra-Musim Luruh 2019, rekaan Kim Jones semasa konsert mereka di Stade de France.[21] Pada April 2021, kumpulan penyanyi tersebut dilantik sebagai duta jenama global bagi Louis Vuitton.[22]

Kedermawanan

Artikel utama: Kedermawanan BTS

BTS dikenali dengan usaha kedermawanan mereka. Beberapa ahli kumpulan itu telah diterima masuk ke dalam kelab derma berprestij seperti UNICEF Honors Club dan Green Noble Club, sebagai pengiktirafan bagi jumlah dan kekerapan sumbangan mereka.[23][24][25] Mereka juga telah menerima anugerah bagi sumbangan mereka, dengan salah seorang ahli menerima Patron of The Arts Award oleh kerana sumbangan kepada seni,[26] dan BTS sebagai sebuah kumpulan telah menerima UNICEF Inspire Award lantaran kempen Love Myself mereka. Mereka seringkali membuat dermaan secara persendirian dan sumbangan mereka hanya akan diuar-uarkan secara terbuka oleh organisasi yang mereka bantu dan juga pihak media.[27][28] Usaha kumpulan itu memotivasikan peminat mereka untuk turut serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kedermawanan dan kemanusiaan serta kadangkala menyamai jumlah sumbangan mereka.[29]

Rujukan

  1. ^ Yun, Chloe (June 13, 2013). "New boy group Bulletproof Boy Scouts to hold a debut showcase on June 12". BNT News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2015. Dicapai pada May 9, 2015.
  2. ^ Herman, Tamar (June 10, 2018). "BTS' RM, Suga & J-Hope Release Diss Track 'Ddaeng': Listen". Billboard. Dicapai pada August 27, 2018.
  3. ^ "BTS Billboard Chart History". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2016. Dicapai pada July 19, 2016.
  4. ^ Chung, Joo-won (November 19, 2016). "BTS, EXO, TWICE top 2016 Melon Music Awards". Yonhap News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2017. Dicapai pada April 22, 2017.
  5. ^
  6. ^ "BTS" (dalam bahasa Japanese). Universal Music Japan. Dicapai pada June 3, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "방탄소년단, 팬클럽 아미와 연결된 새 BI 공개 "문을 열고 나아가는 청춘"" (dalam bahasa Korea). Naver. July 5, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2017. Dicapai pada July 5, 2017.
  8. ^ "BTS Brand eXperience Design Renewal". Behance. September 26, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2017. Dicapai pada March 9, 2018.
  9. ^ starsung (2013-08-23). "BTS (Bangtan Boys) to parody it up in variety show 'Rookie King Channel Bangtan'". allkpop – melalui allkpop.com.
  10. ^ "SHOW : Mnet America - [Go!] Episode 7 - Go! BTS". Mnet Amerika. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-09-04 – melalui mnetamerica.com.
  11. ^ Ejiafor, Annette (2018-03-14). ""BTS Are Puma's New Ambassadors And We Will Buy All The Athletic Gear"". Huffpost. Dicapai pada 2026-06-14.
  12. ^ "방탄소년단, 푸마 새 모델 발탁...시크한 겨울 화보 공개 [BTS Selected as New Puma Models... Chic Winter Pictorial Released]". TenAsia (dalam bahasa Korean). 2015-10-19. Dicapai pada 2026-06-14.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ ""우리가 바로, 앰배서더"...BTS, '푸마' 글로벌 모델 발탁 ["We are the Ambassadors"... BTS Selected as Global Models for Puma]". Naver Entertainment (dalam bahasa Korean). 2018-02-27. Dicapai pada 2026-06-14.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Pace, L. (2019-10-01). "BTS Named Global Brand Ambassador for FILA". Billboard. Dicapai pada 2026-06-14.
  15. ^ ""BTS becomes new models for LG Electronics smartphones"". Yonhap News Agency. 2018-04-03. Dicapai pada 2026-06-14.
  16. ^ Muse TV (2018-11-26). ""Hyundai Motor appoints BTS as global brand ambassador of the all-new flagship SUV Palisade"". Muse TV. Dicapai pada 2026-06-14.
  17. ^ Herald Corp (2019-02-11). "'넥쏘' 탄 BTS…현대차 글로벌 홍보대사로 [BTS Rides 'Nexo'… Hyundai Motor's Global Brand Ambassadors]". Herald Corporation (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2026-06-14.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ Herman, Tamar (2019-12-19). ""BTS becomes Global Ambassador for Formula E to Promote Climate Changes Awareness"". Billboard. Dicapai pada 2026-06-14.
  19. ^ "BTS named Hyundai Motor global brand ambassadors". The Korea Herald. 2019-02-11. Dicapai pada 2026-06-14.
  20. ^ Kaufman, Gill (2020-06-15). ""Samsung Announces BTS Edition Galaxy S20+ and Galaxy Buds+"". Billboard. Dicapai pada 2026-06-14.
  21. ^ Suen, Zoe; Guilbault, Laure (2019-06-09). ""What Dior's Stage Looks for BTS Mean for Luxury"". The Business of Fashion. Dicapai pada 2026-06-14.
  22. ^ Chan, Tim (2021-04-23). ""BTS made Louis Vuitton Ambassadors After Wearing the Brand's Suits"". Rolling Stone. Dicapai pada 2026-06-14.
  23. ^ "방탄소년단 진, 기부금 1억원 돌파…유니세프 아너스클럽 회원(공식)". m.entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2026-06-14.
  24. ^ "방탄소년단 제이홉, 오늘 생일 맞아 1억 기부…총 2억5천만원 [공식입장]". m.entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2026-06-14.
  25. ^ "BTS 지민·청하·김소연♥이상우, 1억원 고액기부자 그린노블클럽 가입 [공식]". m.entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2026-06-14.
  26. ^ "'미술관 1억 기부' 방탄소년단 RM, 2020 올해의 예술후원인대상 수상". m.entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2026-06-14.
  27. ^ "방탄소년단 진, 기부금 1억원 돌파…유니세프 아너스클럽 회원(공식)". m.entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2026-06-14.
  28. ^ "BTS 지민, 전남교육청에 장학기금 1억 몰래 기부". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2026-06-14.
  29. ^ "BTS for charity: 5 times the Army fandom raised massive funds for good causes". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-11. Dicapai pada 2026-06-14.

Bibliografi

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.