Azawakh

Azawakh
imej seekor anjing langsing yang samar-samar seperti grehaun Inggeris. Tungkai hadapan putih, selebih tubuh perang muda, bulu sangat pendek, sangkar rusuk jelas dengan sesetengah rusuk yang terlihat, ekor tipis ke atas dan melengkung ke dalam bulatan dengan hujung putih, telinga berbentuk segi tiga yang layu ke bawah dekat dengan kepala
Azawakh betina
Nama lainIdi
Hanshee
Oska
Rawondu
Bareeru
Wulo
(dahulu) sloughi Tuareg
Negara asalMali, Niger, Burkina Faso
Trait
Berat Jantan 20–25 kg (44–55 lb)
Betina 15–20 kg (33–44 lb)
Tinggi Jantan 64–74 cm (25–29 in)
Betina 60–70 cm (24–28 in)
Bulu Pendek, halus
Warna Perang kekuning-kuningan
Anjing (Canis lupus familiaris)

Azawakh[a] ialah satu baka anjing dari Afrika Barat. Dengan asal usul purba, ia dipelihara di serata zon Sahil di Mali, di Niger, dan di Burkina Faso. Rantau ini termasuk Lembah Azawagh yang sempenanya baka ini dinamai. Walaupun lazimnya dikaitkan dengan orang nomad Tuareg, anjing ini juga dibiakbakakan dan dimiliki oleh kumpulan etnik seperti orang Peulh, orang Bella, dan orang Hausa. Azawakh lebih berkaitan dengan sloughi berbanding dengan saluki.[1][sumber tidak boleh dipercayai?]

Perihal

Seekor azawakh jantan

Penampilan

Ia langsing dan anggun dengan struktur tulang dan otot yang kelihatan melalui kulit nipis. Matanya berbentuk badam.

Lapis bulunya sangat pendek dan hampir tiada pada perut. Struktur tulangnya kelihatan sejelasnya melalui kulit dan perototan. Ototnya "kering", yang bermakna bahawa ototnya agak rata, tidak seperti grehaun Inggeris dan whippet. Dalam hal ini, ia serupa dari segi jenis dengan saluki.

Warna

Warna yang diizinkan oleh piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) ialah pasir jernih hingga perang kekuning-kuningan/perang gelap, merah dan brindle (dengan topeng gelap atau tanpa topeng gelap), dengan lapik dada putih, hujung ekor, dan putih pada semua kaki (daripada hujung jari kaki hingga stoking tinggi). Sejak tahun 2015, stoking putih yang memanjang ke atas paras sendi siku dianggap sebagai ciri penyingkiran di negara-negara anggota FCI, sama seperti kolar putih atau kolar separuh (bertanda Ireland).

Sesetengah ahli pemuliharaan menyokong idea bahawa di Afrika, azawakh masih terdapat dengan pelbagai warna seperti merah, perang kekuning-kuningan biru (iaitu, dengan warna ungu lembut), grizzle, dan, jarang-jarang, biru dan hitam dengan pelbagai tanda putih termasuk bertanda Ireland (kolar putih) dan berwarna-warni (kebanyakannya putih).[2] Oleh sebab variasi warna meluas ini dalam populasi asli, piawaian Amerika yang digunakan oleh AKC dan UKC mengizinkan sebarang gabungan warna yang terdapat di Afrika.

Pergerakan

Azawakh bergerak
Azawakh bergerak

Lenggok ringan, lentur, dan lemah lembut azawakh ialah ciri ketara baka, begitu juga dengan derapan gantungan ganda menegak.

Perangai

Baka ini, yang dibiakbakakan oleh orang Tuareg, orang Fula, dan pelbagai kaum nomad lain di Gurun Sahara dan di Sahil sub-Sahara di Mali, di Niger, di Burkina Faso, dan di Algeria selatan, dikenali oleh orang Tuareg sebagai oska, digunakan di sana sebagai anjing pengawal dan untuk memburu gazel dan kelinci pada kelajuan sehingga 65 km/j (40 mph). Kecekinan persekitaran Sahil telah memastikan bahawa hanya anjing paling cergas mandiri dan telah menyerlahkan kekasapan dan sifat berdikari baka ini. Tidak seperti sesetengah anjing pemburu penglihatan lain, azawakh lebih seperti pemburu kawanan dan ia menumbangkan buruan dengan sukuan belakang apabila buruan telah dipenatkan. Sebagai anjing pengawal, jika azawakh merasakan bahaya, ia menyalak untuk memaklumkan anggota lain dalam kawanan dan ia berkumpul bersama-sama sebagai satu kawanan di bawah pimpinan anjing alfa, kemudian mengusir atau menyerang pemangsa itu.

Tidak seperti anjing pemburu penglihatan lain, fungsi utama azawakh di tanah airnya ialah fungsi anjing pengawal.[3] Ia menjalin ikatan kuat dengan pemiliknya dan cenderung untuk menyendiri terhadap orang asing.

Azawakh mempunyai paras tenaga tinggi dan daya ketahanan luar biasa. Ia merupakan pendamping pelatihan cemerlang untuk pelari. Banyak azawakh tidak menyukai hujan dan cuaca sejuk.

Azawakh berorientasikan kawanan dan membentuk tatatingkat sosial kompleks. Ia mempunyai ingatan luar biasa dan dapat mengenali satu sama lain selepas tempoh perpisahan panjang. Ia kerap boleh didapati tidur di atas satu sama lain untuk kehangatan dan pendampingan.[4]

Sejarah baka

Azawakh sesama orang Tuareg

Baka ini agak jarang di Eropah dan di Amerika Utara. Azawakh boleh didaftarkan dengan FCI di Amerika Syarikat melalui Federación Canófila de Puerto Rico (FCPR).[5] Kelab-kelab Eropah FCI dan AKC mengiktiraf FCPR sebagai pejabat pendaftaran yang boleh diterima. AKC mengiktiraf azawakh sebagai anggota Kumpulan Hound pada tahun 2019.[6] American Azawakh Association (AAA)[7] ialah kelab induk AKC untuk azawakh. Azawakh boleh berdaftar dengan UKC dan ARBA. Baka ini belum didaftarkan oleh CKC. Azawakh layak untuk lure coursing ASFA dan AKC dan acara coursing padang terbuka NOFCA.

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: ازاوخ

Rujukan

  1. ^ Crapon de Caprona, Marie-Dominique; Fritzsch, Bernd (2004). "Sloughi, Saluki, Saluqi... Genetic Data Help Separate Semantics From Evidence" [Sloughi, Saluki, Saluqi... Data Genetik Membantu untuk Memisahkan Semantik daripada Bukti] (dalam bahasa Inggeris). Sloughi Fanciers Association of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  2. ^ "COLOUR, PATTERN AND MARKING VARIETIES OF THE AZAWAKH IN THE REGIONS OF ORIGIN" [KERAGAMAN WARNA, CORAK, DAN TANDA BAGI AZAWAKH DI RANTAU ASAL] (dalam bahasa Inggeris). Tomboktou's Azawakh. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2009. Dicapai pada 8 Februari 2025.
  3. ^ Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 139. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
  4. ^ "Character and Education" [Perwatakan dan Pendidikan] (dalam bahasa Inggeris). Tomboktou's Azawakh. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2009. Dicapai pada 8 Februari 2025.
  5. ^ "Federación Canófila de Puerto Rico" (dalam bahasa Inggeris). Federación Canófila de Puerto Rico. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2008. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  6. ^ "Azawakh" [Azawakh] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  7. ^ "American Azawakh Association" (dalam bahasa Inggeris). American Azawakh Association. Dicapai pada 15 Julai 2013.[pautan mati]

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.