Araff

Muhammad Amirull Hasraff bin Mohd Pilus (lahir 23 Februari 2006), lebih dikenali sebagai Araff, merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Nama beliau mula meraih perhatian umum selepas menyertai program realiti Big Stage Alpha yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2025.

Araff
Kelahiran
Muhammad Amirull Hasraff bin Mohd Pilus

(2006-02-23) 23 Februari 2006 (umur 20)
WarganegaraMalaysia
Nama lainAraff
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2019–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
Syarikat rakamanRocketfuel Entertainment
Kegiatan berkaitanAriel Fesol
Afiq Sky
Daniel Sher
Rizal Rasid
Ray-D
Izat Ibrahim

Araff berjaya menamatkan saingan dalam pertandingan tersebut dengan merangkul tempat kelima dalam pentas akhir Big Stage Alpha. Pada Jun 2025, program itu melabuhkan tirainya dengan menobatkan tujuh finalis terbaik untuk membentuk sebuah kumpulan muzik lelaki baharu yang dinamakan ALPHA.

Araff merupakan salah seorang daripada tujuh ahli terpilih dan kini aktif sebagai anggota kumpulan tersebut. Mereka tampil dengan lagu debut berjudul "Mona Lisa", yang menjadi langkah pertama dalam perjalanan seni mereka sebagai sebuah kumpulan.[1]

Diskografi

Single

Tahun Judul Label Catatan
2025 "Mona Lisa (Bang Bang)" Rocketfuel Entertainment Single Debut Kumpulan ALPHA
"P. Ramlee & Saloma" OST Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure
"Sahabat" Lagu Tema Kempen Astro Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia
"Bujang (Versi ALPHA)" OST Drama (Viu) Satu, Dua... Dia?
2026 "Rindu Raya"
"Raya Macam Raya" Duet bersama Hael Husaini
"Tiada Pengganti"
"GELATO"

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2025 Satu, Dua...Dia? Dirinya sendiri Viu Drama pertama

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2025 Big Stage Alpha Peserta Astro Ria
Alpha Dreams Unlocked Dirinya Sendiri

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2026 Seven Untuk Suci Maza Astro Ria Telefilem pertama

Media Sosial

Rujukan

  1. ^ Rocketfuel Network (2025-07-06), Mona Lisa (Bang Bang) - ALPHA (Official Music Video), dicapai pada 2025-09-18

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.