Daniel Sher Aaron Bahadur[1] (lahir 28 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Daniel Sher ialah seorang penyanyi, komposer, penyusun muzik, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau berasal dari Kluang, Johor dan mula aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2015. Daniel dikenali melalui penyertaannya dalam beberapa program realiti nyanyian dan persembahan pentas di peringkat tempatan serta antarabangsa. Pada tahun 2025, beliau merupakan finalis program Big Stage Alpha terbitan Astro dan seterusnya debut sebagai ketua kumpulan ALPHA bersama 6 orang lagi finalis di bawah label Rocketfuel Entertainment[2].
Daniel Sher membesar di Kluang, Johor dan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, yang membolehkannya menguasai bahasa Mandarin dengan fasih. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang muzik secara aktif sejak tahun 2015.
Kerjaya seni
Daniel Sher mula dikenali selepas menyertai Astro Star Quest 2015, di mana beliau meraih tempat naib juara[3]. Pada tahun 2020, beliau menjuarai Bintang Ai @ RTM, program realiti nyanyian yang menampilkan bakat berbilang kaum[4]. Pada tahun 2025, beliau menjadi salah seorang finalis rancangan realiti Big Stage Alpha 2025 dan berjaya mara ke peringkat akhir serta menamatkan saingan di tempat ke-4.
Susulan kejayaan itu, Daniel Sher telah dipilih untuk debut bersama kumpulan lelaki baharu, Alpha, di bawah naungan Rocketfuel Entertainment
Diskografi
Single (Solo)
Tahun
Tajuk lagu
Catatan
2021
“You’re The Only One (为了你存在)” – bersama Justin 吴宗翰
Pemenang mingguan Anugerah Ikon Perfume Paradise Big Stage Alpha 2025, (minggu ke-4 hingga minggu ke-8)
Gaya muzik dan persembahan
Daniel terkenal dengan genre funk dan rock, serta gaya persembahan yang dinamik dan bertenaga. Beliau juga mempunyai kemahiran bermain alat muzik seperti gitar dan dram, di samping menyusun dan menggubah lagu sendiri.
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.