Airbus
Kilang pengeluaran Lagardère di Blagnac, Perancis | |
| Nama dahulu |
|
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Awam |
| Didagangkan sebagai | |
| ISIN | NL0000235190 |
| Industri | |
| Pendahulu | Aérospatiale, CASA, DASA, Matra |
| Ditubuhkan | 18 Disember 1970 |
| Pengasas | Felix Kracht Franz Josef Strauß Henri Ziegler Roger Béteille |
| Ibu pejabat | |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| Tokoh penting | |
| Keluaran | |
| Hasil | ▲ €73.42 billion[1] (2025) |
| Pendapatan kendalian | ▲ €6.08 billion[1] (2025) |
| Pendapatan bersih | ▲ €4.96 billion[1] (2025) |
| Jumlah aset | ▲ €134.94 billion[1] (2025) |
| Jumlah ekuiti | ▲ €26.18 billion[1] (2025) |
| Pemilik | |
| Bilangan kakitangan | 156,921[5] (2024) |
| Syarikat induk | EADS |
| Pembahagian | |
| Anak syarikat | |
| Tapak web | www |
| Catatan kaki/rujukan | |
| Kewangan setakat 31 Disember 2024[kemas kini]. Rujukan:[6][7][8] | |
| sunting · sunting di Wikidata | |

Airbus SE (/ˈɛərbʌs/ AIR-buss; Perancis: [ɛʁbys] ⓘ; Jerman: [ˈɛːɐ̯bʊs] ⓘ; Sepanyol: [ˈejɾβus]) ialah sebuah syarikat aeroangkasa Eropah[9]. Walaupun perniagaan utama syarikat ialah reka bentuk dan pembuatan pesawat komersial, ia juga mengendalikan bahagian berasingan untuk Defence and Space dan Helicopter. Airbus telah lama menjadi pengeluar helikopter terkemuka dunia dan, pada tahun 2019, muncul sebagai pengeluar pesawat terbesar di dunia. [10][11]
Airbus berasal dari Airbus Industrie GIE, sebuah konsortium syarikat aeroangkasa Eropah yang ditubuhkan pada 1970 untuk menghasilkan pesawat berbadan lebar untuk bersaing dengan syarikat penerbangan buatan Amerika. Pada tahun 2000, firma induk konsortium itu—Aérospatiale-Matra dari Perancis, DASA dari Jerman, dan CASA dari Sepanyol—bergabung untuk membentuk European Aeronautic Defence and Space Company (EADS), yang kemudiannya memperoleh pemilikan penuh Airbus Industrie. EADS dijenamakan semula sebagai Airbus SE pada 2015. Mencerminkan asal usul multinasionalnya, syarikat itu mengendalikan pejabat dan kilang pemasangan di Perancis, Jerman, Sepanyol dan United Kingdom, bersama-sama dengan tambahan yang lebih baru di Kanada, Malaysia, Amerika Syarikat, Maghribi dan India.[12][13]
Ibu pejabat Airbus didaftarkan secara sah di Leiden, Belanda, manakala pengurusan harian dijalankan dari pejabat utama syarikat di Blagnac, Perancis.[14] SE dalam namanya menandakan Societas Europaea, sebuah syarikat awam di bawah undang-undang korporat Kesatuan Eropah.[15] Airbus diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guillaume Faury dan termasuk dalam indeks pasaran saham EURO STOXX 50.[16] Sejak penubuhannya pada tahun 2000, saham syarikat itu telah disenaraikan di Paris, Frankfurt, dan empat bursa saham Sepanyol, termasuk Bolsa de Madrid.
Produk
Awam

Barisan produk Airbus bermula dengan A300 pada tahun 1972, iaitu pesawat badan lebar, dua enjin jet pertama di dunia. Jualan pada peringkat awal adalah perlahan, yang membawa kepada gesaan untuk menamatkan program Airbus.[17] Walau bagaimanapun, pesawat ini mendapat manfaat yang besar daripada pengenalan peraturann ETOPS 90 pada tahun 1976, yang membenarkan pesawat dua enjin jet beroperasi sehingga 90 minit—peningkatan daripada 60 minit—jauh dari lapangan terbang terdekat. Di bawah peraturan baharu ini, A300 berupaya beroperasi di atas Lautan Atlantik Utara, Teluk Benggala, dan Lautan Hindi,[18] :{{{1}}} menjadikannya alternatif yang lebih cekap berbanding pesawat tiga enjin jet dan empat enjin yang ditawarkan oleh pesaing, sekali gus membawa kepada minat baharu syarikat penerbangan dan peningkatan mendadak dalam jualan.[19][20]

Airbus kemudiannya membangunkan A310 untuk memenuhi permintaan terhadap versi A300 yang berbadan lebih pendek tetapi berjarak jangkauan lebih jauh. Pesawat ini juga memperkenalkan kabin kaca (glass cockpit), yang menghapuskan keperluan untuk seorang jurutera penerbangan, serta reka bentuk semula bahagian belakang fiuslaj yang menggunakan ruang dengan lebih cekap, sekali gus mewujudkan kapasiti tambahan. A310 dikilangkan dari tahun 1981 hingga 1998. Perubahan reka bentuk ini kemudiannya diserapkan ke dalam A300, yang menghasilkan model A300-600.

Memanfaat kejayaannya dengan A300, Airbus membangunkan pesawat berbadan sempit A320 yang dilancarkan pada tahun 1987, yang menjadi dan kekal sebagai kejayaan komersial yang besar. A320 merupakan pesawat jet komersial pertama yang menggunakan sistem kawalan terbang-ikut-dawai (fly-by-wire) digital. Semua model Airbus yang dibangunkan sejak itu telah mengguna pakai sistem kabin yang serupa dengan A320, membolehkan kru penerbangan beralih antara jenis pesawat dengan lebih mudah. Kejayaan A320 mendorong Airbus memperkenalkan versi yang dipanjangkan, A321, pada tahun 1993, diikuti oleh versi yang lebih pendek A319 pada tahun 1995 dan versi yang lebih pendek lagi A318 pada tahun 2002. Pada tahun 2016, Airbus mereka semula keluarga pesawat berbadan sempit ini di bawah program yang dipanggil A320neo (new engine option / pilihan enjin baharu).

Airbus juga memulakan usaha untuk membangunkan pesawat badan lebar baharu yang diterbitkan daripada keratan rentas A300, tetapi dengan jarak jangkauan dan kapasiti tempat duduk yang lebih besar serta mengintegrasikan teknologi yang dibangunkan daripada program A320. Usaha ini membawa kepada pengenalan pesawat empat enjin A340 pada tahun 1991 dan pesawat dua enjin jet A330 pada tahun 1992. Pada masa itu, Airbus mahu menawarkan pesawat jet empat enjin untuk membolehkan penerbangan merentasi Lautan Pasifik. Walau bagaimanapun, semasa pembangunan pesawat tersebut, peraturan ETOPS baharu telah melanjutkan operasi pesawat dua enjin jet kepada 120 minit pada tahun 1986 dan 180 minit pada tahun 1989. Walaupun perubahan ini menjejaskan jualan A340, ia memberi manfaat yang sangat besar kepada A330. Pengeluaran A340 berakhir pada tahun 2011, manakala A330 telah direka semula sebagai A330neo (new engine option) pada tahun 2018.

Pada tahun 2005, Airbus memperkenalkan pesawat penumpang terbesar di dunia: A380 ialah pesawat empat enjin dengan dua dek tempat duduk penumpang sepanjang fiuslaj. Bertujuan untuk mencabar penguasaan Boeing 747 dalam pasaran jarak jauh, A380 akhirnya menjadi usaha yang merugikan bagi Airbus disebabkan oleh kos pembangunan yang tinggi dan jualan yang terhad akibat kos operasi yang tinggi, dan pengeluarannya berakhir pada Disember 2021.
A350, sebuah pesawat badan lebar dengan dua enjin jet, telah diperkenalkan pada tahun 2015. A350 merupakan pesawat Airbus pertama yang sebahagian besarnya dihasilkan daripada polimer bertetulang gentian karbon. Ia lebih panjang dan lebih lebar berbanding fiuslaj yang digunakan pada A300, A310, A330, dan A340.
Jet badan sempit kedua telah ditambahkan ke dalam senarai produk pada tahun 2018 apabila Airbus memperoleh kawalan ke atas program CSeries Bombardier, dan menjenamakannya semula sebagai A220. Jet ini menawarkan susunan tempat duduk lima sebaris berbanding enam sebaris pada A320.
Pada Disember 2024, dilaporkan bahawa jumlah penghantaran pesawat Airbus dalam tahun tersebut telah mencapai 643 unit, dengan 84 pesawat dihantar pada bulan November 2024 sahaja.[21] Susulan itu, pada Januari 2025, dilaporkan bahawa Airbus telah berjaya menghantar 766 pesawat kepada pelanggannya daripada 878 pesanan sepanjang tahun 2024, mencatatkan peningkatan sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya.[22] Pada Oktober 2025, A320 telah mengatasi Boeing 737 sebagai pesawat komersial paling laris di dunia.[23]
| Pesawat | Keterangan | Tempat duduk tipikal | Penerbangan pertama | Penghantaran terakhir | Pesanan | Penghantaran | Belum dipenuhi | Dalam perkhidmatan |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| A220 | 2 enjin, badan sempit | 100–150[24][25] | 16 September 2013 (sebagai Bombardier CSeries)[26] | 949 | 482 | 467 | 478 | |
| A300 | 2 enjin, badan lebar | 228–254 | 28 Oktober 1972[27] | 12 Julai 2007[28] | 561 | 561 | — | 209 |
| A310 | 2 enjin, badan lebar | 190-230[29] | 3 April 1982[30] | 15 Jun 1998[31] | 255 | 255 | — | 47 |
| A320 | 2 enjin, badan sempit | 107–185 | 22 Februari 1987[32] | 19,635 | 12,472 | 7,163 | 11,481 | |
| A330 | 2 enjin, badan lebar | 246–300 | 2 November 1992[33] | 1,955 | 1,661 | 294 | 1476 | |
| A340 | 4 enjin, badan lebar | 210–370[34][35][36][37] | 25 Oktober 1991[38] | 16 Julai 2010[39] | 377 | 377 | — | 180 |
| A350 | 2 enjin, badan lebar | 300–410[40][41] | 14 Jun 2013[42] | 1,529 | 699 | 830 | 698 | |
| A380 | 4 enjin, badan lebar, dua dek | 555–853 | 27 April 2005[43] | 16 Disember 2021[44] | 251 | 251 | — | 215 |
| Data setakat 31 Disember 2025.[45] | ||||||||
Jet korporat

Airbus Corporate Jets memasarkan dan mengubah suai pesawat baharu untuk pelanggan peribadi dan korporat. Ia mempunyai julat model yang seiring dengan pesawat komersial yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Berikutan kemas kini pasaran daripada Boeing Business Jet berasaskan 737, Airbus menyertai pasaran jet perniagaan dengan A319 Corporate Jet pada tahun 1997. Walaupun istilah Airbus Corporate Jet pada awalnya hanya digunakan untuk A319CJ, ia kini sering digunakan untuk semua model, termasuk pesawat badan lebar VIP. Setakat Disember 2008, sebanyak 121 jet korporat dan peribadi sedang beroperasi, dan 164 pesawat telah dipesan.[46]
Syarikat itu juga memiliki 10% kepentingan dalam Dassault Aviation, yang membina keluarga jet perniagaan lebih kecil Falcon.
Ketenteraan
Airbus Defence and Space memasarkan dan sama ada membina atau mengubah suai pesawat baharu untuk kegunaan ketenteraan. Airbus semakin berminat untuk membangunkan dan menjual kepada pasaran penerbangan ketenteraan pada akhir 1990-an. Ia memulakan dua bidang pembangunan utama: penyesuaian pengisian minyak di udara dengan Airbus A310 MRTT (Multi-Role Tanker Transport) dan kemudiannya Airbus A330 MRTT, serta pengangkutan taktik dengan Airbus A400M Atlas. Syarikat ini juga terus memasarkan dan memasang beberapa pesawat ketenteraan yang sebelum ini ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang membentuk Airbus, terutamanya CASA.
Pesawat MRTT berasaskan A310 dan A330 merupakan pengubahsuaian daripada pesawat penumpang awam. Pesawat ini dipanggil pengangkut tangki berbilang peranan kerana selain keupayaan pengisian minyak di udara, pesawat ini juga boleh dikonfigurasikan untuk pengangkutan anggota tentera, evakuasi perubatan (medevac), dan pengangkutan kargo.
A400M Atlas ialah pesawat pengangkut taktik berenjin turboprop empat enjin. A400M bersaiz antara pengangkut C-130 buatan Amerika Syarikat dengan C-17, dan walaupun ia boleh membawa muatan yang lebih berat daripada C-130, enjin turbopropnya membolehkannya mengekalkan keupayaan untuk menggunakan landasan mendarat yang kasar. A400M dibangunkan untuk negara anggota NATO di Eropah iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki, dan United Kingdom, sebagai alternatif kepada kebergantungan terhadap pesawat asing. Semasa pembangunan, program A400M menghadapi kelewatan dan lebihan kos;[47][48] dengan negara pelanggan campur tangan untuk menawarkan subsidi tambahan.[49][50] Pesawat pertama telah dihantar kepada Tentera Udara Perancis pada tahun 2013, dan menjelang tahun 2023, lebih daripada 100 pesawat telah dibina.
Bahagian Pertahanan dan Angkasa (Defence and Space) juga memasarkan dan memasang EADS CASA C295, sebuah pesawat pengangkut taktik yang lebih kecil, yang direka dan pada asalnya dikilangkan oleh syarikat aeroangkasa Sepanyol, CASA.
Syarikat ini juga merupakan pemilik 50% daripada usaha sama ArianeGroup yang membina kenderaan pelancar angkasa Ariane 5, pemilik 46% daripada usaha sama Eurofighter GmbH yang membina jet pejuang Typhoon, pemilik 42.5% daripada usaha sama Panavia Aircraft yang membina jet pejuang Tornado, pemilik 37.5% daripada usaha sama MBDA yang membina peluru berpandu, serta sebelum ini pemilik 10% Dassault Aviation yang membina jet pejuang Rafale, dan sebelum itu, jet pejuang Mirage 2000.
Helikopter
Airbus Helicopters membina dan memasarkan pesawat rotor baharu untuk kegunaan awam dan ketenteraan. Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai Eurocopter Group, menerusi penggabungan bahagian helikopter Aérospatiale dan DASA (dua daripada syarikat pengasas Airbus). Airbus Helicopters merupakan pemain utama dalam industri helikopter turbin dari segi pendapatan mahupun penghantaran.
Produk awam bahagian ini termasuk peranti berenjin tunggal H125 dan H130, berenjin kembar ringan H135 dan H145, berenjin kembar sederhana H155 dan H160, berenjin kembar super sederhana H175, serta berenjin kembar berat H215 dan H225.
Produk ketenteraan termasuk helikopter penyerang Tiger, bersama versi tentera bagi H125, H135, H145, H160, H175, H215, dan H225.
Syarikat ini memiliki 62.5% kepentingan dalam usaha sama NHIndustries, yang membina helikopter utiliti ketenteraan NH90.
Rujukan
- ^ a b c d e "Airbus FY 2025 Financial Statements" (PDF). Airbus SE. Dicapai pada 12 April 2026.
- ^ Airbus 9m Results 2023. p.29. The Drive. 8 November 2023.
- ^ a b Airbus 9m Results 2023. p.29. The Drive. 8 November 2023.
- ^ "Airbus reports Full-Year (FY) 2024 results". airbus.com. 19 February 2025. Dicapai pada 20 February 2025.
- ^ "Airbus Group Financial Statements 2024" (PDF). airbus.com. Airbus SE. Dicapai pada 20 February 2025.
- ^ "Guillaume Faury". Airbus. 14 June 2021.
- ^ "René Obermann". Airbus. 14 June 2022.
- ^ "Airbus Annual Report 2019". Airbus SE. 15 March 2022. m/s. 124.
The Company is a French-based European public company (Europese Naamloze Vennootschap), with its corporate seat in Leiden NL and registered with the Dutch Commercial Register (Handelsregister) ...
- ^ Hepher, Tim (1 January 2020). "Exclusive: Airbus beats goal with 863 jet deliveries in 2019, ousts Boeing from top spot". Reuters.
- ^ "About Airbus". airbusgroup. Airbus. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.
- ^ Rose, Michel; Yu, Sophie; Hepher, Tim (6 April 2023). "Airbus to open new China assembly line amid recovery". Reuters. Dicapai pada 26 May 2024.
- ^ "Airbus signs definitive agreement with Spirit AeroSystems". Airbus (dalam bahasa Inggeris). 27 April 2025. Dicapai pada 10 May 2025.
- ^ "Contact us". Airbus (dalam bahasa Inggeris). 24 August 2021. Dicapai pada 20 January 2024.
- ^ KVK Dutch Chamber of Commerce
- ^ "Airbus Industrie | History, Headquarters, & Facts | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 December 2022.
- ^ "Champagne ... and drought (1973–1977)." Diarkibkan 1 April 2015 di Wayback Machine Airbus, Dicapai: 28 Februari 2016.
- ^ Getting to Grips with ETOPS (PDF) (ed. Issue V). Airbus. October 1998.
- ^ "History – First order, first flight". Airbus. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2009. Dicapai pada 30 September 2009.
- ^ Morris, Joe (19 December 1971). "A300B Airbus ahead of its time?". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2011.
- ^ "Airbus delivers 84 planes in November". Reuters. 6 December 2024. Dicapai pada 10 December 2024.
- ^ Tyrrell, Michael. "Airbus achieves 766 deliveries, 878 orders in 2024". www.aero-mag.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 January 2025.
- ^ William, Helen (7 October 2025). "Airbus A320 Overtakes Boeing 737 to Become Best Selling Airliner in the World".
- ^ "A220-100 | Airbus". Airbus. 16 July 2024. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "A220-300 | Airbus". Airbus. 17 July 2024. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "Bombardier's CSeries Aircraft Completes Historic First Flight" (Siaran akhbar). Bombardier. 16 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2016. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "28 October, 50th Anniversary of the first flight of the Airbus A300 | Airbus" (Siaran akhbar). Airbus. 28 October 2022. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ Kaminski-Morrow, David. "Airbus delivers last A300." Flight International, 12 July 2007.
- ^ "A310 | Airbus". Airbus. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "53Fi2063 – 03.04.82 1er Vol d'Airbus A310 (1982)". Archives municipales de Toulouse. 3 April 1982. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "Air Transat Retires Its Final Airbus A310". Infinite Flight Community (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-31. Dicapai pada 2026-01-07.
- ^ "A320 roll-out and first flight" (Siaran akhbar). Airbus. 22 Februari 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2017. Dicapai pada 17 Disember 2024.
- ^ "F-WWKA Airbus A330-300 First flight (Nov 2nd 1992)". @Eurospot - Flickr. 2 November 1992. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "A340-200 | Airbus". Airbus. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "A340-300 | Airbus". Airbus. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "A340-500 | Airbus". Airbus. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "A340-600 | Airbus". Airbus. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ @Airbus (25 October 2015). "#OnThisDay in 1991, the #A340 performed her maiden flight in Toulouse, France 🛫" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Airbus 'Terminates' A340 | AIN". Aviation International News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-07.
- ^ "A350-900 | Airbus". Airbus. 28 May 2024. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "A350-1000 | Airbus". Airbus. 29 May 2024. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "Airbus A350 successfully completes maiden test flight - BBC News". BBC. 14 June 2013. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "A380, the 21st century flagship, successfully completes its first flight" (Siaran akhbar). Airbus. 27 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2014. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "Orders and Deliveries 2021". Airbus. 31 December 2021. Dicapai pada 17 December 2024.
- ^ "Orders and deliveries | Airbus". www.airbus.com. Airbus. 31 December 2025. Dicapai pada 14 January 2026.
- ^ "Airbus Executive and Private Aviation". airbus.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2010. Dicapai pada 6 June 2015.
- ^ "Why wait for the Airbus?". Defence Management. 5 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2011.
- ^ "Airbus A400M delay does not foster confidence". Forbes. 30 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
- ^ "A400M Partners to Renegotiate Contract with EADS". Defense News. 27 July 2009.[pautan mati]
- ^ Hollinger, Peggy; Clark, Pilita; Lemer, Jeremy (5 January 2010). "Airbus threatens to scrap A400M aircraft". Financial Times.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
