460 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Empayar Parsi

  • Mesir memberontak terhadap pemerintahan Parsi. Inaros, ketua Mesir, meminta bantuan daripada Athens yang rela memberikannya kerana Athens merancang untuk berdagang dan menjajah Mesir. Seangkatan tentera laut yang terdiri daripada 200 buah kapal trirem Athens yang sedang berkempen di Cyprus diperintah dengan segera untuk membantu Mesir.
  • Achaemenes, satrap (gabenor) Parsi di Mesir, ditewaskan dan dibunuh oleh tentera Mesir dalam pertempuran di Papremis pada tebing Sungai Nil.
  • Pembinaan kompleks istiadat di Apadana (balai menghadap) untuk Darius dan Xerxes I di Persepolis disiapkan.

Yunani

  • Perang Peloponnesus Pertama tercetus antara Liga Delos (diketuai oleh Athens) dengan perikatan Peloponnesus (diketuai oleh Sparta), akibat sebahagian oleh perikatan Athens dengan Megara dan Argos, serta reaksi Sparta yang menyusul. Athens telah membina tembok-tembok panjang di pelabuhan Nisaea untuk Megara, dan mengabikatan permusuhan Corinth, pesaing lama Megara.
  • Argos memberontak terhadap Sparta, dan Athens membantu Argos serta Thessaly. Angkatan tentera yang kecil yang dihantar oleh Sparta untuk mematahkan pemberontakan di Argos ditewaskan oleh angkatan bersama Athens dan Argos di Oenoe.

Republik Rom

Sicily

  • Ducetius, ketua keyunanian Siculi (kaum kuno Sicily) mengambil kesempatan yang diberikan oleh keadaan tidak keruan yang menyusuli kejatuhan pemerintahan penzalim di Syracuse dan negeri-negeri Sicily yang lain. Dengan bantuan daripada pihak demokrasi Syracuse, beliau mengusir kolonis-kolonis bekas penzalim Hieron dari Catana dan mengembalikannya kepada penduduk-penduduk asalnya.

Mengikut topik

Seni

Kelahiran

Kematian

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.