449 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Negara-negara kota Yunani berdamai dengan Empayar Parsi melalui perjanjian Keamanan Callias yang dinamai sempena nama duta besar Yunani di Istana Parsi yang merupakan abang (atau adik) ipar Cimon. Athens bersetuju untuk menamatkan bantuannya kepada pemberontak-pemberontak Mesir yang masih bertempur di sesetengah bahagian Delta Nile, manakala Parsi bersetuju tidak akan menurunkan kapal-kapal perangnya masuk ke Laut Aegea. Athens kini menguasai semua negara kota di Ionia secara berkesan.
  • Pericles memulakan rancangan pembinaan agung yang termasuk pengubuan semula Piraeus serta tembok-tembok panjang yang terbentang ke Athens.
  • Pericles mencadangkan "Dekri Kongres" yang membenarkan pembelanjaan sebanyak 9,000 talen untuk membiayai rancangan pembinaan semula candi-candi Athens yang amat besar. Ini menyebabkan perjumpaan ("Kongres") semua negara Yunani untuk mempertimbangkan persoalan pembinaan semula candi-candi yang dimusnahkan oleh tentera Parsi. Bagaimanapun, kongres itu gagal, akibat penentangan Sparta.
  • Pericles mempertanggungjawabkan Phidias, pengarca Athens, untuk segala aspek kesenian rancangan pembinaan semula. Pembinaan bermula dengan Candi Hephaestus di Athens, manakala Senat Athens menempah Callicrates membina sebuah kuil untuk dewi Athena Nike di Akropolis.
  • Perang Suci Kedua tercetus antara Athens dengan Sparta apabila Sparta memaksa Delpi berpisah daripada Phocis dan menjadikannya merdeka.

Republik Rom

  • Undang-undang Dua Belas Jadual yang diperkembangkan oleh Perintahan Bersepuluh diisytiharkan secara rasmi. Dua Belas Jadual itu benar-benar ditulis pada dua belas keping batu bersurat gading yang dipamerkan di Forum Romanum supaya semua penduduk Rom dapat membaca dan mengetahuinya.
  • Apabila tempoh Perintahan Bersepuluh tamat, ahli-ahlinya enggan melepaskan jawatan mereka atau membenarkan pewaris-pewaris mereka memegang jawatan-jawatan tersebut. Appius Claudius Crassus dikatakan membuat keputusan tak adil yang memaksa seorang wanita muda yang bernama Verginia untuk menjadi pelacur, dan mengakibatkan bapanya membunuh wanita itu. Ini mencetuskan pemberontakan terhadap Perintahan Bersepuluh yang menyebabkan ahli-ahlinya meletakkan jawatan mereka. Jawatan-jawatan majistret biasa (magistratus ordinarii) diperkenalkan semula. Appius Claudius dikatakan membunuh diri, akibat peristiwa-peristiwa ini.

Mengikut topik

Kesusasteraan

Kelahiran

Kematian

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.