369 SM
| Tahun |
|---|
| Milenia |
| milenium pertama SM |
| Abad |
| Dekad |
| Tahun |
Peristiwa
Mengikut tempat
Yunani
- Selepas mengusir tentera Sparta yang mengancam Mantinea, Epaminondas dari Thebes mara ke arah selatan dan menyeberangi Sungai Evrotas (sempadan Sparta) yang tidak pernah dilintasi oleh sebarang angkatan tentera musuh dalam ingatan sejarah. Tentera Sparta yang tidak rela bertempur dengan angkatan tentera Thebes yang terlalu besar, mengekalkan diri di dalam kota semasa tentera Thebes dan sekutu-sekutunya menjarah Laconia.
- Epaminondas kembali ke Arcadia buat tempoh yang singkat, dan kemudian mara ke arah selatan menuju Messenia, sebuah wilayah yang pernah ditaklukkan oleh Sparta lebih kurang 200 tahun dahulu. Di sana, Epaminondas memulakan pembinaan semula kota kuno Messene di Gunung Ithome, dan membina sebuah kubu yang merupakan antara kubu yang terkuat di Yunani. Beliau kemudian menyeru para buangan Messenia di seluruh Yunani untuk kembali dan membina semula tanah air mereka. Kehilangan Messenia amat menjejaskan Sparta kerana wilayah ini merupakan satu pertiga daripada wilayah Sparta dan diduduki oleh separuh jumlah hambanya.
- Pada kepulangannya ke Thebes, Epaminondas dibicarakan oleh musuh-musuh politiknya yang menuduhnya kerana telah mengekalkan kuasa pemerintahannya lebih lama daripada apa yang dibenarkan oleh perlembagaan. Walaupun tuduhan ini adalah benar, Epaminondas memujuk Thebes bahawa perbuatannya adalah perlu untuk melindungi Thebes dan sekutu-sekutunya serta untuk mengurangkan kuasa Sparta. Oleh sebab alasan-alasan ini, beliau dibebaskan daripada tuduhan-tuduhan tersebut.
- Dalam mencari-cari imbangan kuasa terhadap Thebes yang kini amat kuat, Athens membalas kepada rayuan Sparta untuk bantuan dan bersekutu dengan musuh tradisionalnya.
- Pada kemangkatan Raja Amyntas III dari Macedon, putera sulungnya, Alexander II, menjadi raja. Raja yang muda ini, secara serentak, menghadapi serangan Illyria dari barat laut serta serangan dari timur oleh Pausanias yang berhak mewarisi takhta Macedon dan yang dengan cepatnya menawan banyak kota dan mengugut bonda ratu, Eurydice. Alexander menewaskan musuhnya dengan bantuan Iphicrates, jeneral Athens, yang sedang belayar di sepanjang pantai Macedon dalam pelayarannya untuk menawan semula Amphipolis.
- Alexander dari Pherae menjadi penzalim Thessaly selepas kematian bapanya. Kezaliman Alexander menyebabkan Aleuadae dari Larissa meminta bantuan daripada Alexander II dari Macedon. Alexander II berjaya menguasai Larissa dan banyak kota yang lain tetapi berbeza dengan janjinya, menempatkan garison-garisonnya di kota-kota ini. Ini membangkitkan kemarahan Thebes, dan Pelopidas, jeneral Thebes, mengusir tentera Macedon dari Thessaly.
- Pelopidas memaksa Alexander menamatkan perikatannya dengan Athens supaya berikat dengan Thebes dengan mengugut bahawa beliau akan membantu Ptolemy dari Aloros, abang (atau adik) ipar Alexander. Sebagai sebahagian perikatan baru ini, Alexander terpaksa menyerahkan orang-orang tebusannya, termasuk juga adik lelakinya, Philip, bakal penakluk Yunani.
- Cleomenes II mewarisi abangnya, Agesipolis II sebagai raja Sparta Agiad.
Kelahiran
Kematian
- Zhou Lie Wang, raja Dinasti Zhou.
- Amyntas III, raja Macedon.
- Theaetetus , ahli matematik Athens (lahir k.k. 417 SM).
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.