367 SM
| Tahun |
|---|
| Milenia |
| milenium pertama SM |
| Abad |
| Dekad |
| Tahun |
Peristiwa
Mengikut tempat
Yunani
- Epaminondas, jeneral Theban, sekali lagi menyerang tentera Peloponnesos tetapi pada masa ini, beliau tidak mencapai apa-apa selain daripada mendapatkan Sicyon bersekutu dengan Thebes. Apabila beliau kembali ke Thebes, beliau dibicarakan sekali lagi, dan sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan.
- Archidamus III, anak lelaki Agesilaus II dari Sparta, mengetuai angkatan tentera Sparta yang mencapai kejayaan terhadap tentera Arcadia.
- Pelopidas, ketua masyarakat Thebes, diutus ke Empayar Parsi untuk memujuk Raja Artasyirsis II supaya mencadangkan penyelesaian terhadap pertikaian negara-negara Greek menurut kehendak Thebes. Artaxerxes II mengeluarkan edik yang terdiri daripada syarat-syarat perdamaian untuk negara-negara Greek, tetapi ediknya tidak dipatuhi oleh sebarang negara tersebut.
Republik Rom
- Semasa Gaius Licinius (Calvus) Stolo merupakan tribun di Rom selama sepuluh tahun (376 SM hingga 367 SM), beliau banyak mengurangkan permusuhan antara ningrat dengan marhaen melalui pembaharuan sebilangan undang-undang. Pada tempoh jawatannya, beliau mencadangkan Lex Licinia Sextia yang memulihkan kekonsulan kepada golongan marhaen, memerlukan kerusi konsul marhaen, mengehadkan jumlah tanah awam yang seseorang boleh dimiliki oleh seseorang, serta mengawal hutang-hutang. Para ningrat menentang undang-undang ini, walaupun undang-undang itu akhirnya diluluskan dan dikuatkuasakan mulai dari 366 SM.
- Candi dewi Concordia di Forum Romanum, Rom dibina oleh Marcus Furius Camillus.
Sicily
- Dionysius I dari Syracuse mangkat dan diwarisi sebagai penzalim oleh anak lelakinya, Dionysius II. Oleh sebab Dionysius II adalah lemah dan kurang berpengalaman, Dion, adik ipar Dionysius I, mengambil alih kuasa dan memujuk Plato, kawannya, supaya melatih Dionysius II dalam penggunaan praktik tentang prinsip-prinsip falsafahnya.
- Dionysius II berdamai dengan Carthage atas syarat-syarat yang sama dengan syarat-syarat yang dikenakan pada bapanya selepas ditewaskan oleh Carthage pada dekad yang lalu.
Mengikut topik
Falsafah
- Aristoteles, ahli falsafah dan ahli sains Yunani, pergi ke Athens untuk berguru dengan Plato.
Kelahiran
- Ptolemaios I, raja Mesir pengasas wangsa Ptolemaios (mangkat 283 SM).
Kematian
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.