Wombat

Wombat
Julat zaman: Oligosen Akhir– kini
Wombat biasa
Pulau Maria, Tasmania
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Keluarga:
Vombatidae

Burnett, 1830
Genus jenis
Vombatus
Geoffroy, 1803
Genus and spesies

Wombat (Jawi: وومبت) ialah sejenis marsupial kuadruped berotot dan katik yang ada di Australia. Ia berukuran kira-kira 1 m (40 in) 1 m (40 inci) panjang dengan ekor kecil dan kontot. Berat wombat ditimbang antara 20 dan 35 kg (44 dan 77 paun). Terdapat tiga spesies wombat yang masih wujud menganggotai keluarga Vombatidae.[1] Wombat ditemui di kawasan-kawasan hutan, bergunung-ganang dan semak samun selatan dan timur Australia, termasuk Tasmania, dan juga sebidang petak tanah terasing kira-kira 300 hektar (740 ekar) dalam Taman Negara Hutan Epping[2] di tengah Queensland.

Etimologi

Nama "wombat" datang daripada bahasa Dharug orang asli Darug yang duduk di kawasan Sydney asal.[3] Perkataan itu julung kali dicatatkan pada Januari 1798, apabila John Price and James Wilson, seorang putih yang mengamalkan budaya orang asli, melawati kawasan yang kini dikenali sebagai Bargo di New South Wales. Price menulis: "kami melihat najis beberapa ekor haiwan, salah seekor haiwan itu Wilson sebut sebagai "Whom-batt", iaitu seekor haiwan kira-kira 20 inci tinggi, dengan kaki katik, badan gempal, kepala besar, telinga bulat dan mata sangat kecil; ia gemuk, dan mempunyai rupa seperti bejar."[4]

Spesies

Ada tiga spesies wombat yang endemik di Australia dan beberapa pulau luar pesisirnya.[1][5]

Ketiga-tiga spesies ini terlindung di bawah undang-undang Australia.[5]

Rujukan

  1. ^ a b Wilson, Don E.; Reeder, DeeAnn M. (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference. JHU Press. m/s. 43–44. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ "Northern Hairy-nosed Wombat". Jabatan Kemapanan, Alam Sekitar, Air, Penduduk dan Masyarakat. Kerajaan Australia. Dicapai pada 2 Julai 2011.
  3. ^ Butler, Susan (2009). The Dinkum Dictionary: The Origins of Australian Words. Text Publishing. m/s. 266. ISBN 978-1-921799-10-5.
  4. ^ Reed, Alexander Wyclif (1969). Place-names of New South Wales, their origins and meanings. Reed. m/s. 152.
  5. ^ a b Humble, Gary (1 Jun 2006). "The Uncommon Wombat". Scribbly Gum. Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 13 Ogos 2010.
  6. ^ "Lasiorhinus krefftii – Northern Hairy-nosed Wombat, Yaminon". Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. Kerajaan Australia. 12 Februari 2010. Dicapai pada 13 Ogos 2010.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.