Wojtek
| Koperal Wojtek | |
|---|---|
Askar Poland bersama Wojtek | |
| Nama asal | Wojtek |
| Kelahiran | 1942 Hamedan, Iran |
| Meninggal dunia | 2 Disember 1963 (umur 21) Zoo Edinburgh, Scotland |
| Kesetiaan | Poland |
| Perkhidmatan | |
| Pangkat | Koperal |
| Unit | 3522, Kompeni Bekalan Artileri ke-22, Kor Poland ke-2 |
| Pertempuran | Perang Dunia Kedua |
| Peringatan | Tugu Peringatan Wojtek |
| Laman web | thesoldierbear |
Wojtek (1942 – 2 Disember 1963; Jawi: ۏويتيک) ialah seekor beruang perang Syria.[1][2] Ia dibeli oleh askar-askar Poland daripada seorang penggembala Iran berhampiran Hamedan, Iran semasa Perang Dunia Kedua. Wojtek telah mengikuti Kor Poland ke-2[3] ke Itali dan berkhidmat di bawah Kompeni Bekalan Artileri ke-22.
Pada tahun 1944, semasa Pertempuran Monte Cassino, Wojtek meniru rakan-rakan manusianya dan membawa peti peluru. Beliau dinaikkan pangkat daripada prebet kepada koperal dan menjadi selebriti dalam kalangan jeneral dan negarawan dari negara-negara Kuasa Bersekutu yang berkunjung.[3] Selepas perang tamat, beliau telah dikeluarkan dari Tentera Poland dan menjalani kehidupan selanjutnya di Zoo Edinburgh, Scotland sehingga pemergiannya.
Sejarah

Penemuan
Pada tahun 1942, Tentera Anders yang baru ditubuhkan telah meninggalkan Kesatuan Soviet menuju ke Iran, disertai beribu-ribu orang awam Poland yang sebelumnya telah dihantar pulang ke Kesatuan Soviet berikutan pencerobohan Soviet pada tahun 1939 ke atas timur Poland.
Dalam perjalanan dari Pahlavi ke Tehran, Iran pada 8 April 1942, askar-askar Poland tersebut telah bertemu dengan seorang pemuda Iran yang telah menemui seekor anak beruang yatim, setelah ibunya ditembak mati oleh sekumpulan pemburu. Salah seorang pelarian yang mengikuti mereka, Irena (Inka) Bokiewicz (18 tahun) yang juga merupakan anak saudara perempuan Jeneral Bolesław Wieniawa-Długoszowski, sangat tertarik dengan anak beruang tersebut. Beliau meminta Leftenan Anatol Tarnowiecki untuk membeli anak beruang itu, yang meluangkan tiga bulan berikutnya di kem pelarian Poland yang dibina berhampiran Tehran, terutamanya di bawah jagaan Irena.[4] Pada bulan Ogos, beruang tersebt didermakan kepada Kompeni Pengangkutan ke-2, yang kemudiannya menjadi Kompeni Bekalan Artileri ke-22. Beruang tersebut dinamakan Wojtek oleh para tentera, yang bermakna "si penikmat pertempuran."[5]
Pemakanan dan pembesaran

Wojtek pada mulanya menghadapi masalah menelan dan diberi susu pekat daripada botol vodka lama. Ia kemudiannya diberi buah-buahan, marmalad, madu dan sirap, sertta sering diberi ganjaran bir yang menjadi minuman kegemarannya. Ia kemudiannya juga gemar merokok (atau memakan rokok), serta meminum kopi pada waktu pagi. Ia juga tidur bersama-sama askar lain jika mereka kesejukan pada waktu malam.[6][7] Ia suka bermain gusti dengan askar-askar lain dan diajar untuk memberi tabik hormat apabila disambut. Ia menjadi tarikan kepada para askar dan orang awam, dan tidak lama kemudian menjadi maskot tidak rasmi kepada semua unit yang ditempatkan berhampirannya. Ia berpindah ke Iraq bersama-sama Kompeni ke-22, dan kemudian melalui Syria, Palestin, Mesir dan Itali.[2]
Wojtek telah belajar meniru askar-askar lain dalam meminum bir, merokok, malah turut berarak bersama-sama mereka dengan menggunakan kaki belakangnya. Wojtek mempunyai penjaganya sendiri, yang ditugaskan untuk memeliharanya. Ia terus membesar sepanjang kempen tersebut, dan menjelang Pertempuran Monte Cassino, beratnya mengukur 90 kg (14 st; 200 lb).[8]
Wojtek si askar

Dari Mesir, Kor ke-2 Poland telah ditugaskan semula untuk berperang bersama-sama Tentera Darat Kelapan British, yang terkenal dengan pertempuran di Afrika Utara seperti El Alamein dan Pertempuran Itali. Peraturan untuk kapal pengangkutan British yang membawa mereka ke Itali telah melarang pengangkutan sebarang maskot atau haiwan peliharaan. Untuk mengelakkan sekatan ini, Wojtek secara rasminya telah didaftarkan ke dalam Tentera Darat Poland sebagai prebet dan disenaraikan sebagai antara askar Kompeni Bekalan Artileri ke-22. Henryk Zacharewicz dan Lew Worzowski telah ditugaskan sebagai penjaganya.[ <span title="This claim needs references to reliable sources. (October 2023)">petikan diperlukan</span> ]
Sebagai seorang askar yang bertugas dengan buku gaji, pangkat dan nombor siri sendirinya, ia tinggal bersama-sama orang lain di dalam khemah atau di dalam peti kayu khas, yang diangkut dengan trak. Semasa Pertempuran Monte Cassino, Wojtek membantu unitnya mengangkut peluru dengan membawa 100-paun (45 kg) peti peluru artileri 25 paun, dan tidak pernah menjatuhkan mana-mana satu pun. Walaupun kisah ini menimbulkan perdebatan tentang ketepatannya, sekurang-kurangnya satu catatan wujud tentang seorang askar British yang teringat melihat seekor beruang membawa peti peluru.[10] Beruang tersebut dikatakan telah banyak meniru askar lain. Sebagai contoh, apabila ia melihat askar lain mengangkat peti, ia akan meniru mereka. Wojtek dapat membawa kotak yang biasanya memerlukan empat orang, lalu menyusunnya di atas trak atau kotak peluru lain.[11] Selepas kemenangan Poland, Wojtek menjadi selebriti dalam kalangan jeneral dan negarawan Kuasa Bersekutu yang berkunjung. Perkhidmatannya juga melayakkannya dinaikkan ke pangkat koperal. Sebagai pengiktirafan terhadap populariti Wojtek, lukisan beruang membawa peluru artileri telah diguna pakai sebagai lambang rasmi Kompeni ke-22.[8]
Pascaperang

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Wojtek telah diangkut ke Berwickshire, Scotland, bersama-sama anggota Kompeni ke-22 yang lain melalui Kor Penempatan Semula Poland. Mereka ditempatkan di Lapangan Terbang Winfield di Ladang Sunwick, berhampiran kampung Hutton, Sempadan Scotland. Wojtek tidak lama kemudian menjadi popular dalam kalangan orang awam tempatan dan pihak media, dan Persatuan Poland-Scotland telah mengambilnya sebagai ahli kehormat.
Berikutan penyahkerahan pada 15 November 1947, Wojtek telah dihantar ke Zoo Edinburgh, di mana beliau meluangkan kehidupan seterusnya, serta sering dikunjungi wartawan dan bekas tentera Poland. Ada yang membaling rokok kepadanya sepertimana yang dilakukan semasa ia berkhidmat dalam tentera dahulu. Ia masih gembira membalas apabila ditegur sapa dalam bahasa Poland, serta mengenali ramai bekas rakan seunitnya. Perhatian media telah menyumbang kepada populariti Wojtek. Ia kerap menjadi tetamu dalam program televisyen kanak-kanak BBC, Blue Peter.[12]
Wojtek meninggal dunia secara semula jadi pada 2 Disember 1963, pada usia 21 tahun, dengan berat hampir 500 kg (1,100 lb), dan mencapai ketinggian lebih 1.8 m (5 ka 11 in).[13]
Lihat juga
- Sejarah Zoo Edinburgh
- Senarai beruang ternama
- Orang Poland di United Kingdom
- Angkatan Tentera Poland di Timur
- Angkatan Tentera Poland di Barat
- Kor Penempatan Semula Poland
- Amanah Peringatan Wojtek
- Winnipeg (beruang)
Rujukan
- ^ Martin Williams (2017). From Warsaw to Rome: General Anders' Exiled Polish Army in the Second World War. Pen & Sword Military. ISBN 978-1-47389-488-4.
One of the most popular recollections of the Polish Army in the East is that of Wojtek, the Syrian Brown Bear who became the mascot of 22 General Transport Company.
- ^ a b Mansolas, Angelos (2017). Monte Cassino January-May 1944: The Legend of the Green Devils. Fonthill Media. ISBN 978-1-78155-602-3.
The most unusual soldier of the Battle of Monte Cassino, or any other battle for that matter, was a bear named 'Wojtek'. He was a Syrian brown bear found in Hamedan, Iran in April 1942 by the troops of the newly formed 2nd Polish Corps during their long journey out of the Siberian labour camps through Middle East en route to Egypt.
Ralat petik: Tag<ref>tidak sah, nama "Mansolas" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Pomnik legendarnego niedźwiedzia Wojtka stanął w Krakowie" [Statue of the legendary bear Wojtek unveiled in Krakow]. Telewizja Polska (dalam bahasa Poland). 19 May 2014. Dicapai pada 24 December 2015. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "O niedźwiedziu, który był polskim żołnierzem" [The bear who was a Polish soldier]. Polonia Włoska — Biuletyn Informacyjny (dalam bahasa Poland). Jil. 18. 17 July 2013. m/s. 24. Dicapai pada 24 December 2015.
- ^ Campbell, Mike. "Meaning, origin and history of the name Wojciech". Behind the Name (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-05-29.
- ^ "Wojtek wraca" [Wojtek returns]. Polityka (dalam bahasa Poland). 2 February 2008. m/s. 11.
- ^ "Smarter than the average bear .. by far". Edinburgh Evening News. 28 March 2007. Dicapai pada 15 August 2014.
- ^ a b "The Soldier Bear Who Went to War", BBC Outlook Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "bbcoutlook" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Sansone, Adele (9 July 2013). "'Private Wojtek' alias Voytek, ein Bär im Dienste der Armee" ['Private Wojtek' alias Voytek, a bear in the service of the Army]. Suite101 (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 15 August 2014.
- ^ "Wojtek the Bear: The Nazis' Furriest Enemy". Spiegel. 13 July 2012.
- ^ Orr, Aileen (1 November 2010). Wojtek the Bear – Polish War Hero. Birlinn Publishers. m/s. 45. ISBN 978-1-84158-845-2.
- ^ "The story of Wojtek – the soldier bear who was promoted to Corporal". iNews (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-29. Dicapai pada 2018-06-22.
- ^ Mansolas, Angelos (2017). Monte Cassino January-May 1944: The Legend of the Green Devils. Fonthill Media. ISBN 978-1-78155-602-3.
At the time of his death, he weighed nearly 500 kilograms (1,100 lb) and over 1.8 metres (5'11 feet) tall.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.