With Love
| With Love | |
|---|---|
| Pengarah | Madhan |
| Penulis | Madhan |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Shreyaas Krishna |
| Disunting oleh | Suresh Kumar |
| Muzik oleh | Sean Roldan |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 140 minit[1] |
| Negara | India |
| Bahasa | Tamil |
With Love ialah sebuah filem filem romantik Komedi Remaja bahasa Tamil tahun 2026 dari India .Ia ditulis dan diarahkan oleh Madhan. Manakala, filem ini diterbitkan oleh MRP Entertainment dan Zion Films. Abishan Jeevinth dan Anaswara Rajan memainkan peranan utama. Filem ini menceritakan mengenai Sathya dan Monisha yang bertemu dalam sesi mencari jodoh dan berkongsi kisah cinta lama yang tidak kesampaian. Mereka cuba mendapatkan penutup bagi masa lalu masing-masing, namun berdepan salah faham dan konflik emosi. Akhirnya, mereka berdamai dan memilih untuk bersama.
With Love ditayangkan di Sathyam Cinemas pada 3 Februari 2026, dan ditayangkan di panggung seluruh dunia pada 6 Februari 2026. Filem tersebut mendapat ulasan positive dari pengkritik.
Plot
Sathya, seorang pereka yang mengelak daripada berkahwin, terpaksa menghadiri sesi mencari jodoh dan bertemu Monisha, seorang influencer media sosial yang rupanya bekas junior sekolahnya. Mereka berkongsi kisah cinta lama yang tidak kesampaian—Sathya dengan Anisha dan Monisha dengan Balaji—lalu memutuskan untuk mencari penutup bagi kisah silam masing-masing. Dalam perjalanan itu, mereka berdepan salah faham, cemburu, dan konflik emosi, termasuk apabila Sathya tersalah anggap hubungan antara Monisha dan Balaji. Akhirnya, kebenaran terbongkar bahawa Monisha telah menolak Balaji dan memilih Sathya. Mereka pun berdamai, menyelesaikan salah faham, dan memilih untuk meneruskan hubungan bersama.
Barisan Pelakon
- Abishan Jeevinth sebagai Sathya Seelan
- Anaswara Rajan sebagai Monisha
- Saravanan sebagai Swaminathan, sebagai seorang guru sekolah
- Theni Murugan sebagai bapa Sathya
- Kavya Anil sebagai Anisha, Bekas cinta Sathya
- Harish Kumar sebagai Dinesh, Kawan Sathya
- Rajapandi sebagai seorang Ibu bapa
- Sacchin Nachiappan sebagai Balaji, Bekas cinta Monisha
- Sanchana Namidass sebagai Sandhya,rakan sekolah Monisha
- RJ Dimple Kanna Sebagai Vinu,rakan sekolah Monisha
- RJ Ananthi Sebagai Kakak Sathya
- Nagaichuvaigal Adhiyamaan Sebagai Kawan Sathya
- Nagaichuvaigal Vetri Sebagai Kawan Sathya
- Ayaz Khan Sebagai James
- Sudarshan Gandhi Sebagai Abang Ipar Sathya
- M. Sasikumar as Das (penampilan cameo daripada filem Tourist Family)
- Kamalesh Jagan as Mulli (penampilan cameo daripada filem Tourist Family)
Produksi
Abishan Jeevinth seelepas kejayaan filem sulung arahanya Tourist Family (2025), beliau membuat keputusan untuk membuat penampilan sulung sebagai pelakon utama. [2] Filem ini diarahkan oleh Madhan. Anaswara Rajan akan membintangi filem ini sebagai watak wanita utama. Ia merupakan filem Tamil keduanya selepas Raangi (2022). [3]
Penggambaran utama berlangsung di Chennai dan Tiruchirappalli selama 35 hari, dan selesai pada 13 Oktober 2025. Pasca produksi bermula pada awal November 2025, dengan Abishan dan Anaswara Rajan mula mengalih suara untuk bahagian mereka. [4]
Runut Bunyi
| With Love | ||||
|---|---|---|---|---|
| Runtu Bunyi oleh | ||||
| Tempat | India | |||
| Genre | Runut bunyi | |||
| Panjang | 141:00 | |||
| Bahasa | Tamil | |||
| Syarikat | Sony Music | |||
| Penerbit | Sean Roldan | |||
| Kronologi Sean Roldan | ||||
| ||||
| Single daripada With Love | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Runut bunyi digubah oleh Sean Roldan. Single pertama "Aiyo Kadhaley" telah dikeluarkan pada 22 Disember 2025, [5] dan single kedua "Marandhu Poche" pada 13 Januari 2026. [6]
Pemasaran
Pembuat filem memutuskan untuk mempromosikan filem itu dengan pertunjukan dron di Pantai Edward Elliot [7]
Tayangan
Pawagam
Tayangan Perdana With Love telah diadakan di Sathyam Cinemas pada 3 Februari 2026, dengan dihadiri oleh bapa Soundarya, pelakon Rajinikanth, dan ahli pelakon Tourist Family, M. Sasikumar dan Simran Filem ini ditayangkan di pawagam pada 6 Februari 2026. [8] [9]
Platform Penstriman
Hak digital dan satelit pasca-teater masing-masing telah diperoleh oleh Netflix [10] dan Vijay Television . [11]
Rujukan
- ^ "With Love (2026)". Irish Film Classification Office. 3 February 2026. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2026. Dicapai pada 3 February 2026.
- ^ "Tourist Family's Abishan Jeevinth to star in Soundarya Rajinikanth's new film". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). 27 August 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2025. Dicapai pada 22 November 2025.
- ^ "Anaswara Rajan to star alongside Abishan Jeevinth in new film". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). 27 August 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2025. Dicapai pada 22 November 2025.
- ^ "Tourist Family's Abishan Jeevinth to star in Soundarya Rajinikanth's new film". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). 27 August 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2025. Dicapai pada 22 November 2025.
- ^ "Dir Abishan Jeevinth to debut as actor in new-age love story". DT Next (dalam bahasa Inggeris). 30 August 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2025. Dicapai pada 22 November 2025.

Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.