Wayar neutral

Wayar neutral merujuk kepada wayar pengalir yang berfungsi bagi membawa arus balikan dari peralatan elektrik ke punca bekalan kuasa arus ulang-alik (AC). Bagi sistem tiga fasa pula, wayar neutral berfungsi menyeimbangkan beban arus elektrik pada setiap wayar fasa dengan mengangkut arus elektrik dari wayar yang mempunyai arus berlebihan dan mengagihkan beban tersebut kepada wayar fasa yang lain.

Wayar neutral saling berkait rapat dengan pembumian elektrik kerana lazimnya sambungan wayar neutral dibumikan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan biasa wayar bumi tidak membawa sebarang arus manakala wayar neutral pula membawa arus.

Sambungan

Dalam sistem pendawaian elektrik rumah, wayar neutral disambung bersama dalam satu bas/bar penyambung neutral dan tidak bercampur dengan sambungan wayar bumi. Sambungan neutral lazimnya dibumikan pada transformer tempatan dan pada tiang elektrik. Titik neutral bagi sistem tiga fasa adalah titik sambungan sepunya pada sambungan Y di bahagian sekunder transformer. Sesetengah susunan penyambungan pada transformer tidak mempunyai titik neutral dan seterusnya wayar neutral. Bagi sistem belahan fasa pula, titik neutral adalah pada titik tengah bahagian lilitan sekunder pada transformer tempatan.

Warna wayar

Kod warna bagi wayar neutral di Malaysia adalah berwarna biru (bagi peralatan elektrik) dan hitam (bagi sistem pendawaian dan penghantaran elektrik).

Bumi dan neutral

Terdapat beberapa sistem pembumian elektrik yang digunakan bagi meminimakan perbezaan voltan antara sambungan neutral dan bumi. Rangkaian TT misalnya menggunakan sambungan neutral dan bumi yang berasingan; sambungan bumi di rumah dan pada transformer tempatan mempunyai rod pembumiannya sendiri.

Lihat juga

Rujukan

[1] Rick Gilmour et al., editor, Canadian Electrical Code Part I, Nineteenth Edition, C22.1-02 Safety Standard for Electrical Installations, Canadian Standards Association, Toronto, Ontario Canada (2002) ISBN 1-55324-690-X

[2] NFPA 70, National Electrical Code 2002, National Fire Protection Association, Inc., Quincy, Massachusetts USA, (2002). no ISBN

[3] IEE Wiring Regulations Regulations for Electrical Installations Fifteenth Edition 1981, The Institution of Electrical Engineers, (1981) Hitchin, Herts. United Kingdom

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.