Wan Hanafi Su

Wan Hanafi Su
وان حنفي سو
Kelahiran
Wan Hanafi bin Wan Su

(1950-08-30) 30 Ogos 1950 (umur 75)
PendidikanSijil Pendidikan; Sijil Seni Kreatif
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1978–kini
Terkenal keranaHari-Hari Terakhir Seorang Seniman
PasanganSunarti Sunarto

Wan Hanafi Wan Su (Jawi: وان حنفي وان سو; lahir 30 Ogos 1950) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada era 70-an dan sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon dalam lebih 100 drama dan 20 filem. Drama pertama beliau berjudul Wira pada 1978 iaitu drama pertama RTM berwarna.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Kehidupan awal

Wan Hanafi dilahirkan pada 30 Ogos 1950 di Besut, Terengganu. Beliau berasal daripada keluarga seni, abangnya, Wan Mustafa atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Po merupakan tokoh ukiran kayu terkenal negara dan diiktiraf kerajaan sebagai Adiguru Kraf. Wan Po membuka sebuah bengkel dan ukir di Alor Lintang tidak jauh daripada tempat Wan Hanafi menjalankan perniagaan.

Kehidupan peribadi

Beliau mempunyai seorang anak perempuan bernama Budi Citawan, di mana sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Remy Ishak[3]. Selain itu, beliau juga mengisi masa lapang dengan menjual nasi beraneka di Besut dan mempunyai sebuah gerai di Alor Lintang bersama isteri[4]. Beliau sangat mengagumi pelakon Hollywood, Marlon Brando, Robert De Niro dan Al Pacino.[5]

Kerjaya

Wan Hanafi Su mengangkat trofi Anugerah Skrin 2013.

Beliau memulakan kerjayanya pada 1978 dengan dengan drama pertama lakonannya, Wira kemudian diikuti oleh watak pembantu dalam drama Panggung RTM, Kalut.

Wan Hanafi memegang watak utama bersama Yus Waisar dan Sharmila Rabbi dalam telefilem Airmata Papa arahan Jurey Latiff Rosli dan seterusya berlakon dalam telefilem Ku Yakin Berlaku lakonan Pierre Andre dan Airis Yasmin.

Bekerjasama dengan pelakon-pengarah, Sabri Yunus, Wan Hanafi menjayakan watak Pak Hassan dalam telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman yang diaptasi dari novel karya Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan. Telefilem ini turut dibintangi oleh Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Nam Ron, Amerul Affendi dan Hushairy Hussein, dan dipertontonkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat bermula 1 Jun 2013.[6][7]

Pada 2014, Hanafi melakonkan watak Pak Awang dalam filem Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat yang dicalonkan di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-88.[8][9] Setahun kemudian, beliau muncul dalam filem Gangsterock Kasi Sengat arahan sulung Soffi Jikan. Beliau juga berlakon bersama Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam filem aksi, Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar; memegang watak Adli Hashim.[10]

Wan Hanafi mencipta sejarah dengan menghadiri majlis permaidani merah Festival Filem Cannes yang berlangsung pada 16 Mei 2016, yang mana filem Apprentice lakonannya, dipertontonkan di sana.[5]

Beliau menjayakan watak tajuk dalam filem drama Luqman arahan Mahadi J. Murat yang mengisahkan tentang Luqman, seorang penyair yang bergelut untuk mencari penonton menghargai untuk hasil seni beliau.[11]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Jogho Pak Isa Filem pertama
2008 Susuk Bomoh Effendi
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Taji
2012 Bunohan Pok Heng @ Ibrahim
29 Februari Khalid
Halim Munan Wak Mali
Prince Of The City Jaggoi Sibuyan Filem Inggeris
2013 Dua Kalimah Pak Daud
Dampak Tok Long
Kisah Paling Gangster Bapa Megat
Paku Umar
Tokan Tuan Kamil
2014 Laga Hassan Laga
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah
Lelaki Harapan Dunia Pak Awang
2015 Gangsterock Kasi Sengat Ayah Rude
Polis EVO Adli Hashim Pelakon undangan
Chowrasta Penampilan khas
2016 Apprentice Rahim Filem Singapura
2017 Kau Yang Satu Sulaiman
Luqman Luqman
2018 7ujuh Tok Batin
2019 Bu, Kasih Suci Johar
Dendam Pontianak Penghulu Filem Singapura
Boluomi
KL Vampires Jaka Santoro
Garang Saiful
The Garden of Evening Mists Jaafar Hamid
2020 Tyickoouns Cikgu Gadak Filem ewayang.com
2021 Edge of the World Sultan Omar Ali Saifuddin II Penampilan pertama untuk filem Hollywood
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Atok Sarip
2022 Operasi UFO Prof Din
Rajawali Tok Wan
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Tok Gajah
Jerangkung Dalam Almari Pak Hassan
Seratus Dato' Jaafar Yusuf
2023 Pulau Tok Penghulu Penampilan khas
Cerana Biduk Bu Merah
La Luna Tok Hassan Filem Singapura
War On Terror: KL Anarki Anurak
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Tok Gajah
Janna Endoro Che Omar
The Experts Jaafar
2025 Blood Brothers: Bara Naga Dato Zulkarnain / "Zul"
Badak Abah Filem Singapura
2026 Nar'sata: Sekutu Setan Kyai Sidiq
Mojoku Hilang Atan
Baga Pok Awang
TBA Baran Bakar

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1978 Wira TV1 Drama pertama
1995 Percintaan
1999 YB Atikah
2005-2006 Bukan Yang Pertama Tan Sri Muluk TV2
2006 Usia Roslan
2008 Akukah Tanggang? Pak Hamid TV3
2008–2009 Laila Majnun Leman
2009 Ceplos Tok Wan TV9
Suria Kasandra Juragan Ismail TV3
2009–2010 Jangan Tegur... Lagi Pak Berahim
2010 Mualim TV1
2012 Masihkah Ada Ramadan Rahman Astro Prima
2015 Terlanjur Mencintaimu Saifullah TV1
Kasih Jasmin Pak Hamid
2019 Ripin Mugha Batu Ripin TV2
2020 Sepenggal Puisi Rahman Astro Citra
2021 Forensik Kamal Othman Mediacorp Suria / Astro Ria
2022 Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Mamat Kertuk Astro Ria
Murder By Moonlight: A Getaway To Die For Tuan Osman Astro Citra

Drama web

Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2020 The Bridge (Musim 2) Ishak Hassan Viu Drama web pertama

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Sahabat Atau Kekasih? VCD Telefilem pertama
2005 Airmata Papa Astro Ria
Anak Penarik Beca TV1
Manap Astro Bapa Manap Astro Ria
2006 Gadis Melayu Tok Ya TV3
2009 Cucu Tok Wan Tok Wan VCD
2010 Nasi Kerabu Mek Bunga Pak Salleh TV2
Ku Yakin Berlaku Pak Othman Astro Oasis
Janji Dengan Nyawa Pak Uzir TV9
2011 Senjakala TV2
Takbur Seorang Isteri Ayah TV9
Insaf TV1
2012 Kiblat Rindu Mail TV9
2013 Sudah-Sudahlah Embong TV1
Tabung Haji Tok Pak Omar TVi
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Pak Hassan Astro Box Office
2014 Beruk Tok Ayah Tok Ayah TV3
2015 Ikan Singgang Cicah Budu Wan Muda TV1
Wokyoh, Samad, Said
Maruah TV2
Kaabah Depan Rumah Pak Shahib Astro Oasis
2016 Cerita Dari Dinding Jalil TV1
Niqabi Haji Nasir TV2
Sawadee Thirat TV1
Paku Di Tiang Alang Besi Astro Ria
Bidadari Pak Karya Astro Citra
Last Kopek Havoc Raja Kali DVD
2017 Gedebe TV1
Bunga Lalang
2018 Kebaya Mek Hwa Tok Awang TV3
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Mamat Astro Citra
Sebilah Pusaka Pak Ali TV2
Setan Dalam Poket Pak Awang Astro Citra
2019 Jubakar Che Well TV1
Budok Kuba Pak Mail Astro Citra
Janji 10 Zulhijjah TV2
Lafaz
2020 Anak Busut Atok Astro Citra
Derai Tok Su TV3
Baju Jersi Amar Pokwe TV1
2021 Mek Bunga Karim TV2
2022 Rumah Usang Di Hujung Tanjung Pak Samad TV1
Abah Abah
2024 Rindu Rahman Rahman TV2
2025 Along Bakal Mati Syawal Ini Tok Lang TV1
2026 Malam 3 Syukur Pakcik Tua TV1

Telefilem web

Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2025 Kalam Akhir RTMKlik Telefilem web pertama

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
1995 Anugerah Seri Angkasa 1995 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Percintaan Menang
2005 Anugerah Seri Angkasa 2005 Pelakon TV Lelaki Terbaik Anak Penarik Beca Menang
2013 Anugerah Skrin 2013 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Menang
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktor Pembantu Filem Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Angelin Yeoh (27 Julai 2018). "Veteran actor Wan Hanafi Su not ready to retire". Star2. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  2. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  3. ^ https://hotlips-yuya.blogspot.com/2014/12/memang-jelita-7-gambar-anak-gadis.html?m=1
  4. ^ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2017/03/254961/wan-hanafi-su-berniaga-nasi-di-besut
  5. ^ a b Bissme S. (18 Mei 2016). "Living out his dream". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  6. ^ "Versi ketiga Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman". Kosmo!. 2 Jun 2013. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  7. ^ "Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar". Astro Awani. 30 Mei 2013. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  8. ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015.
  9. ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015.
  10. ^ "Penonton puji filem Polis Evo, media sosial dibanjiri #PolisEvo". Astro Awani. 22 September 2015.
  11. ^ Abd. Aziz Itar (6 Mac 2016). "Luqman psikik Melayu berjiwa besar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-16. Dicapai pada 6 Oktober 2017.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.