Wan Chik Daud

Wan Chik Daud
Wan Chik dalam filem Do Re Mi (1966).
Kelahiran
Wan Chik binti Daud @ Othman

1940 (1940)
Meninggal dunia26 September 2020(2020-09-26) (umur 79–80)
Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematiankompilasi penyakit
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur
PekerjaanPenyampai berita, pelakon, pengacara
Tahun aktif1961–2020
Terkenal keranaWatak Milah dalam filem Do Re Mi (1966)
PasanganM. Rajoli
Anak-anak4

Wan Chik Daud @ Othman (1940 – 26 September 2020) merupakan seorang penyampai berita dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan berlakon dengan Tan Sri P. Ramlee ketika zaman kegemilangan Studio Merdeka di Kuala Lumpur. Beliau kemudian memulakan kerjaya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1980-an sehingga bersara.[1]

Kehidupan peribadi

Beliau merupakan isteri kedua kepada pelakon terkenal Allahyarham M. Rajoli. beliau hanya tua 5 tahun darinya. Beliau pernah muncul secara langsung di kaca televisyen ketika menjadi pengkritik jemputan pada minggu pertama Akademi Fantasia musim yang keempat. Beliau pernah muncul bersama suami beliau berlakon dalam iklan "Lasindah Cafe".

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1961 Tun Tijah Penari Filem pertama, pelakon tambahan
1962 Siti Payong Pelakon tambahan
1963 Tangkap Basah Kintan
1964 Mata Permata Pelakon undangan
1966 Do Re Mi Milah
Nasib Do Re Mi Jururawat Milo Filem terakhir

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1999 Romeo & Juliet Mak Shahromi TV3
2003 Kutub Utara Kutub Selatan Che Salmah TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1985 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1
2006 Akademi Fantasia (musim 4) Pengkritik jemputan Astro Ria

Kematian

Wan Chik Daud telah meninggal dunia pada pagi Sabtu 26 September 2020, akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk kanser payudara pada usia 80 tahun.[2][3]

Rujukan

  1. ^ Ridzuan Abd Rahman (15 Januari 2020). Wan Chik Daud kini terlantar Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
  2. ^ Bekas penyampai berita Wan Chik Daud meninggal dunia Sinar Harian. 26 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 September 2020). Wan Chik Daud meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.