Usan

Usan
우산국 (于山國)
?–1022
Peta Joseon pada 1530 memaparkan Ulleungdo (鬱陵島) dan Usan (于山島)
Peta Joseon pada 1530 memaparkan Ulleungdo (鬱陵島) dan Usan (于山島)
StatusKerajaan
PemerintahMonarki
Sejarah 
• Ditubuhkan
?
• Ditakluk oleh Silla pimpinan Jeneral Isabu
512
• Tunduk kepada Goryeo
930
• Digabungkan ke Goryeo
1022
Diganti oleh
Goryeo
Kini sebahagian dariKorea Selatan
Ulleungdo
Nama Korea
Hangul
우산국
Hanja
于山國
PDSUsanguk
MRUsan'guk

Usan-guk atau Negara Usan (Korea우산국; Hanja于山國) sebuah negeri kepulauan yang menduduki Ulleungdo serta beberapa pulau berhampiran semasa Zaman Tiga Kerajaan Korea.

Menurut Samguk Sagi, Usan-guk ditakluk oleh jeneral Silla, Kim Isabu pada tahun 512.[1] Diceritakan bahawa beliau menggunakan patung singa atau harimau kayu untuk menakut-nakutkan penduduk agar menyerah diri. Selepas itu, Usan menjadi negeri naungan kepada kerajaan Silla.[2][3]

Sejarah

Catatan lebih awal dalam Catatan Tiga Kerajaan secara tidak langsung menyebut tentang penduduk di sebuah pulau di Laut Timur, yang dipercayai merujuk kepada Usan-guk. Teks tersebut menyatakan bahawa penduduk pulau itu mempunyai adat memilih seorang gadis untuk dihanyutkan ke laut setiap bulan Julai.[4][5]

Kemudian, menurut Goryeosa, pada tahun 930, Usan secara rasmi tunduk kepada kerajaan Goryeo dengan menghantar wakil bernama Paekkil dan T’odu.[6] Pada tahun 1018, akibat serangan kaum Jurchen, ramai penduduk Usan melarikan diri. Raja Goryeo mengutus Yi Wŏn'gwi untuk membantu mereka kembali dengan membawa peralatan pertanian.[7]

Akhirnya pada tahun 1022, Usan-guk dibubarkan sepenuhnya dan wilayahnya diserap ke dalam pentadbiran Goryeo, manakala pelarian dari Usan ditempatkan di wilayah Yeju.[7]

Catatan

  1. ^ "General Isabu of Silla Kingdom Incorporated Dokdo into Korean History". KBS World. December 29, 2011. Dicapai pada 12 March 2024.
  2. ^ The Alleged Title over the Island of Takeshima Invoked by the Republic of Korea jiia.or.jp Retrieved 28 July 2023
  3. ^ "The National Assembly of the Republic of Korea".
  4. ^ Records of the Three Kingdoms, Book 30
  5. ^ Bong-Ryong, Kang (2010). Biography of Isabu and historical implications of his activities. The review of Isabu and east sea.
  6. ^ Goryeosa, Book 1
  7. ^ a b Goryeosa, Book4

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.