UG14

UG14
AsalMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreRock kapak, rock progresif, slow rock, balada
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

UG14 (singkatan untuk Underground 14) merupakan sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia sekitar awal 90an. Berasal dari ibu negara, kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Latar belakang

Pada tahun 1990, Wom, seorang penyanyi yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang ketika itu agak terumbang-ambing berikutan kegagalan album solonya di bawah label EMAREC telah bertemu dengan Teddy, seorang pemain keyboard berpengalaman dari Johor yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Neraca di bawah label EMAREC. Melihat bakat yang ada pada Wom, Teddy telah mengajaknya untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang bertunjangkan rock progresif sebagai genre utama. Apabila usaha tersebut membuahkan hasil, Teddy telah merekrut dua orang rakannya dari kumpulan Neraca iaitu Hafiz (dram) dan Allahyarham Chico (gitar) untuk turut sama menjayakan misinya. Mereka berempat kemudiannya mengikat kontrak bersama Saga Records untuk menghasilkan album pertama mereka. Bermula dari situlah mereka menamakan kumpulan mereka sebagai UG14 sempena alamat syarikat rakaman yang menaungi mereka.

Setahun kemudian, lahirlah album pertama mereka yang diberi judul Introduksi di bawah label Saga Rekords dan bekerjasama dengan PolyGram, syarikat rakaman di Singapura yang pernah menaungi kumpulan-kumpulan Search dan Headwind, dua gergasi rock dari selatan tanah air. Melihat kejayaan album Introduksi, Polygram telah memutuskan untuk membeli kumpulan UG14 dari Saga Records dan memberi kepercayaan kepada kumpulan ini untuk menghasilkan album seterusnya.

Barisan keanggotaan

UG14 pada asalnya dianggotai oleh empat orang. Anggota UG14 pada ketika itu ialah:

  • Wom - vokal
  • Chico - gitar, meninggal dunia
  • Teddy - keyboard
  • Hafiz - dram

Dalam album kedua berjudul Kebebasan yang dikeluarkan pada tahun 1992, kumpulan ini mengalami sedikit perubahan apabila posisi Chico sebagai pemain gitar digantikan oleh Andy di samping pertambahan anggota apabila Daud dari kumpulan Putra masuk sebagai pemain bass tetap UG14.

UG14 1992:

  • Wom - vokal
  • Andy - gitar
  • Teddy - keyboard
  • Daud - bass
  • Hafiz - dram


UG14 2018:

  • Wom - vokal
  • Sally - gitar
  • Oja - gitar
  • Teddy - keyboard
  • Jie - bass
  • Samy - dram
  • Din - saksofon
  • Kimi - perkusi
  • Amy - trompet
  • Siha - bangsi
  • Ain - harmonika
  • Peah - turntable

Diskografi

Album-album studio

  • Introduksi (PolyGram, 1991)
  • Kebebasan (PolyGram, 1992)
  • Arakian (PolyGram, 1993)

Lagu-Lagu

  1. Tiada Pengesahan
  2. Sempadan Sempurna
  3. Wajah Dunia
  4. Ratu Hati
  5. Syukur Pada Yang Satu
  6. Keputusan Muktamad
  7. Impian Terluka
  8. Perjuangan Sama Rasa
  9. Bunga Larangan
  10. Dunia Ciptaan
  11. Rossa
  12. Bayangan Cinta
  13. Terimalah (Kasih)
  14. Gergasi
  15. Kebebasan
  16. Situasi
  17. Hipokrit
  18. Mahligai Sakura
  19. Introduksi
  20. Sesal
  21. Kecil
  22. Hidup Berbudi
  23. Selamat Tinggal Bunga Larangan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.