Tumor
Tumor atau ketumbuhan (dari perkataan Latin tumor "bengkak") adalah ketumbuhan luar biasa atau jisim tisu biologi. Ketumbuhan boleh tergolong sebagai ketumbuhan merbahaya (tumor malignant) atau ketumbuhan tidak merbahaya (Benign tumor). Hampir kesemua ketumbuhan adalah contoh neoplasia, sungguhpun sesetengah pembesaran salah bentuk atau jisim keradangan mungkin kadang-kala dirujuk sebagai ketumbuhan tumor.
Punca
Ketumbuhan disebabkan oleh mutasi pada DNA sel, yang mengangu dengan keupayaan sel bagi mengawal dan menghadkan pembahagian sel. Pengumpulan mutasi diperlukan bagi pembentukan ketumbuhan. Mutasi yang mengaktifkan onkogene atau menghalang gen pembantut tumor mampu akhirnya menyebabkan barah. Sel mempunyai keupayaan bagi membaiki DNA dan mekanisma lain yang menyebabkan sel memusnahkan diri sendiri melalui apoptosis sekiranya kerosakan DNA terlalu teruk. Mutasi yang membantutkan gen bagi mekanisma ini turut akhirnya mendorong kepada pembentukan barah. Mutasi pada satu onkogene atau satu gen pembantut tumor biasanya tidak mencukupi bagi membentuk ketumbuhan. Gabungan beberapa mutasi diperlukan.
Kini didapati bahawa kebanyakan barah pada manusia, terutama barah epithelial, disebabkan oleh jangkitan virus. Virus punca paling biasa adalah ahli keluarga virus Herpesvirus, yang mampu menyebabkan barah seperti Kaposi Sarcoma dan penyakit barah pangkal rahim. Vaksin terkini bagi agen penyebab kebanyakan bentuk Genital Warts, human papillomavirus, diberitakan sebagai vaksin penghalang anti barah pangkal rahim, kerana ia merupakan punca utama barah pangkal rahim.
Jujukan mikro DNA boleh digunakan bagi memastikan sekiranya gambaran onkogene atau gen pembantut tumor telah berubah. Kemungkinannya di masa hadapan ketumbuhan mampu dirawat dengan lebih baik dengan menggunakan jujukan mikro DNA bagi memastikan ciri-ciri tepat ketumbuhan.
Rujukan
- Ramzi Cotran, Vinay Kumar, Tucker Collins (1999). Robbins Pathologic Basis of Disease, Sixth Edition. W.B. Saunders. ISBN 072167335X.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.